Pages

Friday, July 3, 2015

Artikel : Tempe Di London


Kebiasaannya tempe digemari bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia juga. Bagi masyarakat dari keturunan jawa, tempe akan dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu yang menjadi trend sekarang “sambal totok”. Eh? Anda tahu tentang sambal totok? Campuran tempe, bilis , cili dan bawang ditumbuk hingga lumat dan di makan dengan nasi putih panas-panas memang lazat. Tanpa lauk mewah pun tak kisah. Kan?


Selain tu juga, sewaktu hari raya pula, tempe akan dimasak lodeh. Ini antara menu wajib keluarga terutama masyarakat di Johor. Bagaimana dengan anda? Pasti ada menu istimewa tersendiri bukan?

Lain pula kisahnya dengan William Mitchell, pemilik Warung Tempeh di London yang membuka gerai di jalanan dengan menjual beberapa menu tempe. Di antara menu mereka ialah kari tempeh kuning dan tempeh jintan. Kelihatan menu tersebut seperti kuah lodeh, mungkin barangkali)

Menurut William, dia pertama kali mengenali makanan tempe pada 20 tahun lalu ketika bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di Jakarta.

Jadi, disebabkan terpikat dengan tempe, William mula belajar cara untuk menghasilkan resepi tempe yang sedap dan berkualiti di serata Indonesia. Dan sekarang, wujud la “Warung Tempeh” beliau kat tengah kota London. Paling mencuit hati ialah nama gerai di beri dengan gelaran “Warung Tempeh” disebabkan mereka mula mengenali makanan tradisi Indonesia itu di warung-warung tepi jalan di Indonesia.

Berlokasikan di Leather Lane Market (EC1N 7TJ), London Warung Tempeh dibuka setiap hari rabu hingga jumaat sekitar jam 12 hingga 2 petang.







NOTA : Penulis bukan orang yang dimaksudkan di dalam posting ini. sila jangan hubungi kami.

No comments: