Pages

Thursday, April 29, 2010

English : Nutritional Fact Of Tempeh


 

Nutrition Highlights

A serving of soy tempeh is an excellent source of dietary fiber and soy protein. It is also a good source of folic acid, potassium, and iron. Important bio-active components called isoflavones and saponins, found naturally in soybeans, are being studied in relationship to relief of menopause symptoms, such as hot flashes, maintaining healthy bones, and preventing prostate and breast cancers.
Tempeh is a healthy, high-quality protein source that contains all essential amino acids for growth. Soy protein is equal in quality to meat, milk and egg protein, and comes without saturated fat and cholesterol.
In addition to the quality of soy protein, scientists have found that soy protein may help reduce the risk of heart disease by lowering blood cholesterol and increasing the flexibility of blood vessels. The FDA has approved a health claim stating that 25 grams of soy protein in a daily diet low in saturated fat and cholesterol can help reduce total and LDL cholesterol that is moderately high to high.

NUTRITION FACTS

1/2 cup tempeh provides
Calories160% Daily Value
Total Fat9g14%
Saturated Fat2g10%
Total 
Carbohydrates
8g3%
Protein15g30%
Cholesterol0mg0%
Sodium7mg0%
Dietary Fiber
Calcium92mg9%
Potassium342mg10%
Phosphorus221mg22%
Folate20mcg5%
Source: USDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release 17 (2004)
Isoflavone, 36mg
Source: USDA -Iowa State University Database on the Isoflavone Content of Foods,  Release 1.3, 2002, USDA Nutrient Data Laboratory Agricultural Research Service
Exchanges: 2 medium-fat meat/meat substitutes
Source: Based on information from Exchange Lists for Meal Planning, 2nd edition, 2002.
The American Diabetes Association/The American Dietetic Association

Thursday, April 22, 2010

Jauhi Mi Segera elak Penyakit Kronik : CAP



GEORGETOWN - Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.

“Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan.

“Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.

Monday, April 19, 2010

PANDUAN : Kejayaan Dan Halangan Dalam Perniagaan

KENAPAKAH BERNIAGA??
Ingin hidup mewah, ikut kawan, mewarisi keluarga, & dll

Walau apa pun alasan yang diberikan, proses untuk berjaya di dalam sesuatu bidang perniagaan adalah  tetap sama.

Oleh itu persiapan yang sebaik mungkin perlu dilakukan sebelum membuat keputusan untuk berniaga.

Tanpa  persiapan  yang  lengkap,  kemungkinan  untuk menemui kegagalan  dan  kekecewaan  adalah  terbuka luas.

Kenyataan ini bukan hanya  ditujukan  kepada  para  peniaga  sahaja,  malah  di dalam  semua  aspek penghidupan, kekayaan tidak datang bergolek tetapi hendaklah melalui perancangan yang teratur, perlaksanaan usaha  yang  betul dengan penuh  kesungguhan disertai dengan doa dan tawalkkal yang sempurna.


APAKAH MAKSUD "USAHAWAN”
Pelbagai pihak telah memberikan takrifan yang berbeza.

Peter Drucker  yang digelar " Bapa Pengurusan" barat  di dalam  bukunya  Enterprenuership (1996)  mendifinisikan usahawan  sebagai  seorang   yang   berupaya  memindahkan  sumber  ekonomi  dari   sektor  yang   kurang  upaya produktivitinya  ke sektor yang lebih tinggi daya produktivitinya.

Dr Joel Barker  pula  di dalam   bukunya  Paradigm  (1994)  pula   mendifinisikan   usahawan  sebagai  orang  yang mewujudkan nilai  tambah  ke dalam pasaran.    (  Dipetik  dari  buku   KEUSAHAWANAN  &  PERNIAGAAN karangan  Dr Barjoyai Bardai, 2000)

Dr Barjoyai Bardai di dalam bukunya, bahagian 1 telah  menerangkan  ciri-ciri  yang  terdapat   di antara  pengurus, peniaga dan usahawan. Beliau telah menerangkan seerti berikut :

PENGURUS ialah  orang  yang   menguruskan   perniagaan  bagi    pihak  pemilik   perniagaan. 

Walaupun   dia bertanggungjawab terhadap keseluruhan perniagaan namun begitu sebenarnya dia hanyalah pegawai  yang  bekerja          dengan pemilik perniagaan tersebut.  Di sini  yang paling  penting  ialah  pengurus  tidak   perlu   memberikan modal dalam  perniagaan  dan juga tidak menanggung risiko perniagaan.

PENIAGA ialah orang yang menjalankan perniagaan dan melakukan urusan jualbeli barang-barang dan perkhidmatan.

Peniaga biasanya menumpukan perhatiannya kepada sesuatu perniagaan yang khusus. Peniaga juga biasanya menghadkan perhatiannya kepada satu-satu jenis perniagaan sahaja. Contoh perniagaan seperti  kedai runcit,  gerai makan,  kedai dobi dan sebagainya. Golongan profesional seperti doktor swasta juga boleh termasuk di dalam golongan ini.

USAHAWAN  pula  ialah  orang yang lebih  berpandangan  luas  dalam  sesuatu perniagaan.  Dia  sentiasa meninjau dan mencari peluang-peluang perniagaan. Usahawan mempunyai keistimewaan yang membolehkannya  mewujudkan  peluang pelaburan dan mengenalpasti projek-projek yang dianggap menguntungkan.


KEJAYAAN DAN HALANGAN
Untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, persiapan perlu disediakan. Antara persiapan-persiapan yang perlu disediakan
sebelum seseorang usahawan menceburi bidang keusahawanan mengikut keutamaan ialah seperti berikut :-

PERWATAKAN DIRI (SIFAT-SIFAT KEUSAHAWANAN)
i.                    Jujur, Amanah, Berdisiplin Dan Bertanggungjawab.
ii.                  Berani dan Tabah
iii.                Rendah diri dan Tidak Sombong
iv.               Sentiasa bersedia untuk belajar dan mendengar daripada orang lain
v.                 Kemampuan berkomunikasi dengan baik.
vi.               Sangka baik terhadap orang lain dan berfikiran positif.
vii.             Berhati-hati
viii.           Proaktif
ix.               Berfikir sebelum bertindak
x.                 Sentiasa berusaha mewujudkan suasana yang menguntungkan kepada semua pihak yang terlibat (establish a win-win situasion)


PENGETAHUAN
Pengetahuan tentang operasi perniagaan . Setiap usahawan  hendaklah  mengetahui secara mendalam aspek operasi perniagaan yang beliau ingin ceburi terlebih dahulu. Sekiranya beliau ingin menjalankan perniagaan jual beli perkakas aksesories kereta, beliau  hendaklah  mengetahui  tentang  aspek harga, jenis produk,, pembekal dan pelanggan yang akan berurusan dengannya. Begitu juga beliau perlu tahu tentang kekuatan dan kelemahan yang  terdapat  di dalam  bidang  perniagaan tersebut.  Beliau  harus mampu untuk mengendalikan dan menjalankan dengan sendiri sebarang perniagaan yang beliau ceburi.


Pengetahuan Mengenai Pengurusan

Mengendalikan pembantu serta pekerja dengan baik.

Mengendalikan urusan kewangan serta perakaunan dengan cekap.

Menyediakan sistem pengurusan yang mengikut undang-undang negara dengan sempurna.


Pengetahuan Agama Mengenai Perniagaan
                         

MODAL KEWANGAN/PEMBIYAAN
Bank komersil, MARA, MIDF, SMEDEC, CGC, Syarikat Kewangan, Simpanan Sendiri, Keluarga, Kawan-Kawan Pelabur / Rakan Kongsi DLL...



FAKTOR-FAKTOR LUARAN PELUANG DAN HALANGAN
Globalisasi dan liberisasi di bawah AFTA & WTO.

AFTA :- Kita  mempunyai  peluang cerah  kerana pasaran yang  luas  yang  mana jumlah rakyat  / pengguna seramai lebih kurang 510 juta.
Negara kita mempunyai infrastruktur yang baik seperti KLIA, Pelabuhan, CYBERjaya  yang  menempatkan pejabat   antarabangsa  yang  menggunakan  sistem  IT  yang canggih.  Lebuhraya  yang baik,  memudahkan pergerakan laluan darat.


Halangan :- Persaingan yang hebat dalam pasaran kerana semua  negara  Asean  berebut  memasuki  pasaran Asean dengan penawaran yang kompetatif. Kos buruh kita yang tinggi yang memungkinkan  kita  kalah  dari harga.





Thursday, April 1, 2010

19% SME Tembusi Pasaran Dunia

CYBERJAYA 31 Mac - Sebanyak 19 peratus daripada kira-kira 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) di negara ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, SME Corp. masih berusaha untuk mencapai sasaran 22 peratus yang telah ditetapkan.

''Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh SME dari segi pembungkusan dan penjenamaan, pihak kementerian bersama SME Corp. mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjenamaan.

''Ini antaranya bertujuan membolehkan penjenamaan sebagai cara untuk mempermudahkan akses kepada pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Penjenamaan Inovasi SME-Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing di sini hari ini.

Pusat penjenamaan tersebut merupakan satu inisiatif untuk mendidik SME tempatan mengenai kepentingan inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan kualiti produk, jenama dan pembungkuasan.

Mustapa berkata, usahawan SME dinasihatkan supaya merebut pelbagai peluang yang diwujudkan kerajaan termasuk memohon program label nasional (national mark) iaitu piawaian persijilan untuk membolehkan produk IKS bersaing di pasaran global.

''Di bawah program ini, syarikat yang berjaya melalui proses audit yang ketat akan diberikan label nasional selama dua tahun.

''Jenama yang menerima label nasional akan dipromosikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pelancongan ke peringkat antarabangsa," katanya.