Pages

Monday, December 31, 2012

INFO : Kesihatan - Azam 2013



Makanan seimbang amat penting untuk kesihatan kita. Para doktor pemakanan/diet selalu menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. 

Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.

Dapatkah kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?

Cuba kita analisa pola pemakanan semasa hari berkerja untuk lihat sama ada kita dapat memenuhi keperluan tersebut:

Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telur goreng/kerang/paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.

Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual di kantin, kalau bernasib baik dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.

Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang takde sayur.

Nampaknya pola pemakanan harian kita tidaklah memenuhi keperluan pemakanan seimbang.

Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. 

Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.

Kita juga perlu ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.

Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan di luar (kat warung atau restoran), banyak mana mereka letak kita pun tak tahu. Yang pasti, bukan sedikitlah.

Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? 

Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan di luar, nampaknya tak dapatlah kita amalkan makanan seimbang. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya, seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung, darah inggi dan kencing manis.

Guna link ini untuk lihat kadar BMI anda : http://jknns.moh.gov.my/bmi.html

Thursday, August 16, 2012

ILMU : Probiotik dan Prebiotik : Perbezaan



Akhir-akhir ini kita sering mendengar istilah baik Probiotik mahupun Prebiotik. Banyak produk-produk makanan dan kesihatan yang mendakwa produknya mengandungi unsur-unsur  tersebut yang bermanfaat untuk membantu proses pencernaan. Walaupun kedua-duanya bermanfaat untuk memelihara kesihatan pencernaan, sebenarnya kedua-dua istilah tersebut berbeza.


Probiotik
Konsep probiotik sudah dikenal sejak 2000 tahun yang lalu. Seorang ilmiawan Rusia bernama Ilya Metchnikoff berjaya membuktikannya secara ilmiah pada awal abad ke-19. Metchnikoff mendapatkan, bahawa bangsa Bulgaria yang mempunyai kebiasaan memakan yogurt (susu fermentasi) tetap sihat walaupun usia sudah lanjut.Susu fermentasi diketahui mengandungi bakteria asid laktik (Lactobacillus bulgaricus Sp) yang mampu meningkatkan kerja enzim galaktosidase yang memudahkan pencernaan laktosa dalam usus.

Probiotik bermaksud makanan atau minuman yang mengandungi mikroorganisme-mikroorganisme yang meresap masuk ke dalam tubuh itu berguna dan meningkatkan kesihatan tubuh. Makanan probiotik boleh berbentuk yogurt, keju, mentega, sari buah-buahan dan susu formula yang difortifikasi dengan bakteria asid laktik. Akhir-akhir ini probiotik juga diformulasi dalam bentuk tablet mahupun kapsul tambahan.

Namun setakat ini belum ada jaminan jumlah probiotik sesuai dengan iklan serta tetap hidup saat sampai di usus. Manfaat probiotik boleh dicapai bila probiotik melekat pada sel mukosa usus. Probiotik dari makanan belum banyak dibuktikan boleh melekat di mukosa usus. Oleh itu untuk memperoleh manfaat dari makanan probiotik, orang harus mengambilnya terus-menerus.


Prebiotik
Adapun Prebiotik adalah karbohidrat yang tidak dicerna tubuh, namun dapat dicerna oleh mikrob yang menguntungkan dalam tubuh, sehingga meningkatkan kesihatan. Prebiotik umumnya meningkatkan komposisi mikrob yang menguntungkan (serta meningkatkan aktivitinya) dan mengurangkan mikrob yang merugikan dalam tubuh. Dapat dikatakan bahawa Prebiotik merupakan sumber makanan bagi Probiotik.

Prebiotik yang banyak dikenal dan digunakan adalah oligosakarida soya (yang terdiri atas rafinosa dan stakiosa), frukto-oligosakarida (disebut juga oligofruktosa), Inulin, Laktulosa dan Laktosukrosa. Inulin dan oligofruktosa memiliki fungsi penting sebagai penyeimbang fungsi gastrointestinal (menyeimbangkan mikroflora kolon). Umumnya semua prebiotik yang disebutkan dapat meningkatkan pertumbuhan bifidobacterium, bakteri bermanfaat yang sering kita temukan dalam minuman yoghurt atau susu fermentasi komersial. Apabila dikonsumsi dengan dosis yang tepat dan cara yang benar, maka prebiotik dapat mengobati atau mendukung pengendalian penyakit seperti kanker usus, liver,sembelit dan diabetesmellitus. Prebiotik secara alami terdapat pada biji-bijian, sayuran, dan buah-buahan. Produk olahan kedelai seperti susu kedelai, tempe, tahu, dan tauco, kaya akan prebiotik. Saat ini ada juga ada beberapa produk susu untuk anak yang mencantumkan fortifikasi prebiotik dalam produk mereka untuk membantu sistem pencernaan balita yang meminumnya.

Adapun Prebiotik adalah karbohidrat yang tidak dicerna tubuh, namun dapat dicerna oleh mikrob yang menguntungkan dalam tubuh, sehingga meningkatkan kesihatan. Prebiotik umumnya meningkatkan komposisi mikrob yang menguntungkan (serta meningkatkan aktivitinya) dan mengurangkan mikrob yang merugikan dalam tubuh. Dapat dikatakan bahawa Prebiotik merupakan sumber makanan bagi Probiotik.

Prebiotik yang banyak dikenal dan digunakan adalah oligosakarida soya (yang terdiri daripada rafinosa dan stakiosa), frukto-oligosakarida (disebut juga oligofruktosa), Inulin, Laktulosa dan Laktosukrosa. Inulin dan oligofruktosa mempunyai fungsi penting sebagai pengimbang fungsi gastrointestinal (menyeimbangkan mikroflora kolon). Umumnya semua prebiotik yang disebutkan dapat meningkatkan pertumbuhan bifidobacterium, bakteria bermanfaat yang sering kita temukan dalam minuman yoghurt atau susu fermentasi komersial. Apabila diambil dengan dos yang tepat dan cara yang betul, maka prebiotik boleh mengubati atau menyokong pengendalian penyakit seperti kanser usus, liver, sembelit dan diabetesmellitus. Prebiotik secara alami terdapat pada biji-bijian, sayur-sayuran, dan buah-buahan. Produk olahan kacang soya seperti susu soya, tempe, tahu, dan tauco, kaya dengan prebiotik. Saat ini ada juga ada beberapa produk susu untuk kanak-kanak yang menyenaraikan fortifikasi prebiotik dalam produk mereka untuk membantu sistem pencernaan balita yang meminumnya.

Diet yang sihat dengan bakteria yang sihat merupakan kombinasi yang baik untuk memelihara fungsi pencernaan, serta memperkuat kekebalan tubuh dalam melawan serangan mikrob beracun yang boleh mengganggu sistem pencernaan kita.

Thursday, July 26, 2012

"Indonesia Darurat Tempe" ; Pengusaha Hentikan Pengeluaran



JAKARTA - "Indonesia Darurat Tempe". Demikian tajuk utama muka depan akhbar harian Media Indonesia pada Khamis, dengan gambar sekeping poster bertulisan tangan "3 Hari Puasa Tempe - Tauhu" yang dirakam di sebuah pasar, di Tangerang, Banten.


Laporan itu menggambarkan tindakan pengusaha menghentikan pengeluaran tempe dan tauhu selama tiga hari mulai Rabu hingga esok, sebagai bantahan melambungnya harga kacang soya yang merupakan bahan utama penyediaan makanan tersebut.

Bagi sebahagian besar rakyat Indonesia, tempe dan tauhu adalah hidangan wajib setiap hari yang juga sumber protein murah, namun sejak akhir-akhir ini pengusaha terpaksa menaikkan harga jualan kerana kenaikan harga kacang soya.
Kenaikan harga tempe dan tauhu itu menyebabkan sebahagian besar pengguna daripada golongan menengah dan bawahan kurang membelinya hingga menyebabkan pengeluar dan peniaga kerugian.
Semalam ratusan pengusaha tempe dan tauhu di Sukoharjo, Surakarta Jawa Tengah mengadakan tunjuk perasaan, mendesak kerajaan menurunkan harga kacang soya yang melonjak dari Rp5,000 kepada Rp8,200 sejak kebelakangan ini. (Rp100 =RM0.033)
Sekumpulan pengusaha di Jakarta pula bertindak membuang tempe dan tauhu ke atas jalan raya sebagai tanda protes terhadap kenaikan harga bahan mentah itu.
Beberapa pengusaha tauhu dan tempe di Tasikmalaya, Jawa Barat, pula memberhentikan sementara pekerja mereka dan ada dalam kalangan mereka sepakat untuk menutup perniagaan masing-masing jika harga kacang soya terus meningkat.
Dalam pada itu, ada pengusaha di Jakarta bersedia menyambung pengeluaran tempe dan tauhu mereka sekalipun harga kacang soya kekal tinggi selepas hari ini, namun akan dijual pada harga lebih tinggi.
Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian Hatta Rajasa pada Rabu menegaskan kerajaan akan menghapuskan cukai import lima peratus terhadap kacang soya mulai minggu ini hingga akhir tahun, dalam usaha menurunkan harga komoditi itu kira-kira Rp400 sekilogram.
Beliau berkata Indonesia memerlukan 2.2 juta tan kacang soya setahun namun pengeluaran dalam negeri hanya sekitar 700,000 tan, memaksa mereka mengimport kira-kira sejuta tan bagi menampung keperluan.
Menteri itu juga meminta pengeluar tempe dan tauhu mengimport kacang soya secara terus dan tidak melalui pihak ketiga bagi mengawal harga menerusi koordinasi bersama koperasi, Kementerian Perdagangan, Kementerian Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Kementerian Perindustrian.- Bernama



Thursday, March 22, 2012

TravelBlog : Tempe, Tahu & Tapai Tetap Menjadi Pilihan




Tempe, makanan yang dibuat dari fermentasi kacang soya atau beberapa bahan lain yang menggunakan beberapa jenis jamur Rhizopus, seperti Rhizopus oligosporus, Rh. oryzae, Rh. stolonifer (jamur roti), atau Rh. arrhizus. Secara umumnya, jamur tersebut biasa disebut sebagai ragi tempe.

Secara umumnya, tempe berwarna putih kerana pertumbuhan miselia jamur yang melekatkan biji-biji soya sehingga terbentuk tekstur yang memadat. Degradasi komponen-komponen kedelai pada fermentasi membuat tempe memiliki rasa dan aroma khas. Berbeza dengan tahu, tempe terasa agak masam.

Tempe ini amat disukai orang Indonesia, bahkan pada masa kini, saya suka menyebut bahawa tempe menjadi makanan universal.

Kenapa? karena boleh dimakan oleh oleh semua orang, bila-bila masa dan di mana-mana. Rasanya yang lazat, harganya murah dan mudah didapati (semakin mudah apabila kita boleh membuatnya sendiri).

Tambahan pula sepotong tempe mengandung berbagai khasiat bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria bermanfaat untuk kesihatan. 

Golongan vegetarian di seluruh dunia banyak yang telah menggunakan tempe sebagai pengganti daging. Akibatnya sekarang tempe diproduksi di banyak tempat di dunia, tidak hanya di Indonesia.

Dari penelitian saya, negara-negara seperti Jerman, Jepun, China, Eropah, Crotiad, Slovakia dan Amerika Syarikat merupakan pengguna tempe secara kecil-kecilan terutama di kalangan pemastautin.


Kunjungan saya ke Bandung baru-baru ini menampakkan rakyat Indonesia amat memerlukan tempe dan tahu dalam setiap hidangan mereka. Saya sertakan gambar-gambar menarik yang sempat saya ambil untuk kenangan.



Berjalan-jalan di kawasan Cihampelas, ada ramai penjual tapai ubi juga. Sangat menarik kerana ianya dijual ditepi jalan dan ramai yang membelinya termasuk saya sebagai ole-ole. Saya beli tapai yang belum masak dan boleh dimakan selepas 2 hari. Apa yang menarik ialah, tapainya tidak basah dan berair.

Tuesday, March 13, 2012

Artikel : Felda Rancang Buka 16 Kedai D’ Mart



FELDA Trading Sdn Bhd (Felda Trading) menyasarkan membuka 16 kedai D’ Mart iaitu kedai runcit yang menjual pelbagai barangan pada harga patut termasuk di Sabah dan Sarawak sepanjang tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Eimir Huzaimi Md Noh berkata, ketika ini sebanyak 240 kedai D’ Mart yang menjual barangan keluaran Felda Trading sudah dibuka di seluruh negara dengan 20 daripadanya beroperasi di Perak.


Beliau berkata, kedai D’ Mart adalah sebahagian daripada milik Koperasi Permodalan Felda Bhd dan menjual barangan pada harga lebih murah kerana mendapat bekalan dari Felda Trading yang kini mengeluarkan 29 jenis barangan keperluan harian termasuk makanan dan barangan penjagaan diri.



“Jenis bilangan barangan ini dijangka meningkat kepada 40 mulai bulan ini dan 100 jenis pada Jun manakala 150 jenis lagi menjelang akhir tahun ini.


“Kami mengadakan kerjasama dan usahasama dengan pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengilang dan pertubuhan koperasi yang berkemampuan menghasilkan produk bermutu dan dijamin halal,” katanya ketika menyaksikan  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe merasmikan kedai D’ Mart Kamunting, baru-baru ini.


NOTA : Penulis bukan orang yang dimaksudkan di dalam posting ini. sila jangan hubungi kami.


Thursday, January 12, 2012

Sofaz Freshmart Kini Membuka Kedai Online Terbaru


Selepas berjaya dengan kedai online khas untuk pelanggan luar negara, kini Sofaz Freshmart mengorak langkah kehadapan dengan membuka sebuah lagi kedai online khas untuk pelanggan di Malaysia.


Walaupun langkah ini tampak lewat dimulakan, ini adalah kerana permintaan yang masih kurang di kalangan rakyat Malaysia untuk membeli-belah secara maya terutamanya produk makanan.


Atas permintaan dan saranan dari peminat TempeVsTapaiUbi, dan tanpa menoleh ke belakang, produk Sofaz Freshmart kini boleh dibeli secara online.


Pelbagai pilihan produk dipaparkan untuk kemudahan bakal pelanggan memilih. Dengan harga yang berpatutan, anda pasti berpuashati.




Mulakan hari ini dan pastikan anda mendapatkan produk Sofaz Freshmart yang berkualiti dan terbaik di pasaran.


Sofaz Freshmart juga akan menambah banyak lagi produk tempatan lain bagi memenuhi permintaan dari masa kesemasa.


Kepada pembaca yang melawat website tempe.com.my juga diberi diskaun hebat yang pasti anda tak boleh lepaskan.


Anda juga dijemput untuk membuat cadangan dan komen terhadap kedai online supaya penambahbaikan boleh dibuat mengikut keperluan.


Diharap juga kedai online ini boleh memenuhi keperluan dan permintaan peminat pembeli online di seluruh Malaysia.

Friday, January 6, 2012

MYagro Hypermarket : Pasaraya PKS Pertama





KUALA LUMPUR 4 Jan. – Pasar raya khas untuk pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS) bernilai lebih RM100 juta dan pertama seumpamanya di Malaysia, MYagro Hypermarket bakal beroperasi Jumaat ini.

Ia juga akan menempatkan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), kata Pengarah Urusan Jamal Jaya Holdings Sdn. Bhd. (Jamal Jaya), Datuk Jamal Md. Yunos.

Pasar raya khas berkeluasan 25,000 meter persegi itu ditempatkan di Dewan D, tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) di Serdang, dekat sini.

Jamal yang juga pengendali MYagro Hypermarket berkata, pasar raya tersebut akan menjadi platform terbaik untuk PKS tempatan mempromosikan produk mereka secara berterusan sepanjang tahun.

Katanya, MYagro Hypermarket dijangka menawarkan 13,000 produk keperluan harian daripada 5,000 usahawan PKS.

“Kami juga membuka cawangan kedua KIR1M yang jauh lebih besar daripada cawangan pertama di Setiawangsa bagi memberi lebih kemudahan kepada pengunjung.

“MYagro Hypermarket akan menjadi pusat sehenti bagi orang ramai memperoleh pelbagai barangan keperluan harian yang murah dan sukar diperolehi di pasar raya lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Jamal berkata, MYagro Hypermarket diwujudkan bagi membantu usahawan PKS tempatan dengan memasarkan produk mereka terus kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah dan dibenarkan menggunakan jenama sendiri.

“Saya berharap orang ramai dapat hadir ke MYagro Hypermarket bagi membantu usahawan PKS tempatan meningkatkan jualan mereka dan saya yakin jika mendapat sokongan, lebih banyak produk PKS berkualiti dapat dihasilkan pada masa depan,’’ jelasnya.

MYagro Hypermarket akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam dan lebih 5,000 ruang letak kereta disediakan untuk keselesaan pelanggan.

Tambah Jamal lagi, pihaknya masih membuka pintu kepada usahawan PKS lain yang mahu menyertai MYagro Hypermarket dan permohonan boleh dibuat terus di pasar raya berkenaan.

“Kami sangat menggalakkan kehadiran produk dari industri kecil-kecilan di kawasan kampung bagi meningkatkan pilihan dan keunikan di MYagro Hypermarket,’’ ujarnya.