Pages

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Salam semua,

Bulan Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Betapa ruginya jika sisa-sisa harinya tidak dimanafaatkan untuk mengabdikan diri kepada tuhanNYA.

Macamanapun, raya dah dekat ni... bergembiralah orang-orang yang beriman akan kemenangan ini nanti...insya-ALLAH.

Kami di Sofaz Enterprise ingin mengucapkan Salam Lebaran, maaf zahir batin. Mohon halalkan apa yang terkurang. moga semunya dirahmati dan diberkati olehNYA.

Lepas seronok raya, ada PMR pulak... lepas tu baru la cuti panjang hujung tahun.

p/s : jangan lupa sekolah tahun depan. Ni ada jadualnya...



Tuesday, September 16, 2008

Tempahan Di Tutup

Salam semua,

Dengan ini dimaklumkan bahawa tempahan untuk semua jenis biskut dan kerepek untuk raya tahun ni telah DITUTUP dengan rasminya (kilang dah tak mampu buat lagi dahh...).

Alhamdulillah, tempahan untuk tahun ni sangatlah memberangsangkan. Nak hantar pulak la lepas nih... apapun, puashati sebab jualan melebihi dari yang dijangka. Terima kasih kepada yang sudi menempah dari kami terutama yang selalu order tu ya...

Memang ramai yang tanya kenapa harga mahal ???? jawapannya senang je. Kami tak guna majerin la..kami guna butter/mentega. Sebab tu rasanya tak berubah dan mustahil customer tahun lepas order lagi kann...

Takpe la... tahun depan boleh order lagi... sabo je la...

p/s : tempahan untuk tempe dan tapai hanya untuk majlis 'open house' atau kenduri saja diterima. itupun lepas raya ke 5 je tau...

...bob, kerepek ko tu siap lepas raya tau... 2-3 hari sebelum kenduri la...

terima kasih daun keladi...
.