Pages

Monday, December 31, 2012

INFO : Kesihatan - Azam 2013



Makanan seimbang amat penting untuk kesihatan kita. Para doktor pemakanan/diet selalu menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. 

Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.

Dapatkah kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?

Cuba kita analisa pola pemakanan semasa hari berkerja untuk lihat sama ada kita dapat memenuhi keperluan tersebut:

Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telur goreng/kerang/paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.

Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual di kantin, kalau bernasib baik dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.

Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang takde sayur.

Nampaknya pola pemakanan harian kita tidaklah memenuhi keperluan pemakanan seimbang.

Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. 

Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.

Kita juga perlu ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.

Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan di luar (kat warung atau restoran), banyak mana mereka letak kita pun tak tahu. Yang pasti, bukan sedikitlah.

Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? 

Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan di luar, nampaknya tak dapatlah kita amalkan makanan seimbang. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya, seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung, darah inggi dan kencing manis.

Guna link ini untuk lihat kadar BMI anda : http://jknns.moh.gov.my/bmi.html