Pages

Wednesday, December 24, 2008

Harga Minyak Vs Harga Barang

Salam,
Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog kami yang serba kekurangan ini.
Sejak beberapa minggu ni, banyak cerita kurang enak kedengaran pasal penurunan harga minyak dipasaran dunia dan kerajaan kita juga telah 7 kali menurunkan harga minyak. Tetapi, haraga barang masih lagi tinggi dan tak turun-turun.
Namun realitinya, kenaikan mendadak tempohari telah mengakibatkan ledakan harga runcit semua jenis komoditi dipasaran. Mungkin ini menjadi punca kejatuhan ekonomi di masa depan.
Banyak juga SMS diterima dari pelanggan setia dan rakan-rakan membincangkan kesan ekonomi terhadap kehidupan seharian kami. Ramai juga yang tidak berpuashati dengan pelan tindakan kerajaan yang tidak memantau secara keseluruhan paten harga barangan serta monopoli para pembekal terhadap sesuatu barangan.
Sebagai contoh, kilang kami bergantung kepada bahan mentah yang diimport. Kenaikan mendadak harga bahan mentah tidak membolehkan kami menaikkan harga barang kami kerana suasana pasaran dan kuasa membeli sudah berkurangan berbanding dulu. Kos pengangkutan juga telah naik sekitar 30% walaupun harga minyak diturunkan. Alasan kos selenggara yang telah naik serta kenaikan gaji memang tidak dapat dielakkan dan amat munasabah sekarang ini.
Oleh itu, bila melihat keadaan ekonomi yang semakin gawat dengan berita pemberhentian pekerja sektor tertentu akan mengakibatkan kuasa membeli akan terus menurun dan perniagaan peruncitan semakin lembab.
Dalam situasi sekarang, orang awam akan menyalahkan peruncit kerana harga yang semakin mahal padahal harga minyak dah turun. Realitinya, pemborong atau orang tengah secara senyap-senyap mengambil kesempatan mencari untung berlebihan melalui cara yang tidak beretika. Akhirnya, pengeluar atau pengilang yang dipertanggungjawabkan. Pening juga.....