Pages

Thursday, March 11, 2010

Resepi : Pecal Stail Jawa


Bahan-bahan

300 gm kacang tanah

10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
6 biji cekur @ kencur (orang jawa je yang guna bahan ini)
30 gm asam jawa
1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
100 gm cili api
150 gm gula
1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
1 keping tempe di hiris kecil

Minyak masak untuk menggoreng

Ulaman
1 ikat pucuk ubi (rebus)
1 ikat kacang panjang (celur)
semangkuk bihun (rebus)
1/5 kg tauge (celur)
2 biji tahu
(goreng)
2 biji timun

Nota : Ulaman di atas perlu dicelur terlebih dahulu. Banyak lagi ulaman boleh ditambah seperti pucuk ubi, pucuk betik dan sebagainya.

Cara-cara

  • Goreng tempe dan tahu (lumur dengan serbuk kunyit sikit je) sehingga agak garing. Hiris tahu selepas digoreng. Ketepikan
  • Goreng kacang tanah sehingga betul-betul masak). Kisar sehingga agak halus. Ketepikan dahulu
  • Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  • Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  • Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  • Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  • Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air suam (Air bergantung kepada kepekatan kuah yang diinginkan. Tapi, kalau cair, sangat nanti rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  • Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  • Jika mahu makan stail jawa, gaulkan semua ulaman bersama tempe dan tahu dahulu. Kemudian siram kuah pecal ke atasnya. Dah boleh makan.
Nota : Sesuai untuk 4-6 orang.

.

Monday, March 8, 2010

Resepi : Cara Membuat Tempe



Atas permintaan ramai, diperturunkan cara-cara membuat tempe sendiri di rumah. Semoga dapat jadi panduan dan info tambahan untuk anda semua.

Ragi tempe adalah khusus - tidak boleh guna ragi/yeast yang biasa digunakan untuk membuat kuih @ roti @ tapai @ apam.

Bahan-bahan
1. kacang soya 1kg (rendam sekurang-kurangnya 2 malam)
2. ragi tempe 2-3 gram & tepung beras 5-6 gram (digaul sebati)

Cara-cara
  • Setelah direndam selama lebih kurang 48 jam (2 malam), kacang soya menjadi kembang
  • Basuh kacang beberapa kali dan buang kulit kacang yang tertanggal. Ramas kacang agar kulitnya tertanggal atau gunakan mesin pemecah kacang. Kulit soya perlu dibuang sepenuhnya supaya tempe tidak menjadi masam dan rosak
  • Setelah bersih, tuangkan kacang soya ke dalam periuk dan tuang air secukupnya. Rebus kacang soya selama kurang lebih 30 minit atau sehingga mendidih. Selama kacang soya direbus akan muncul buih putih.
  • Setelah direbus selama 30 minit, buang air sisa dari dalam periuk
  • Toskan kacang beberapa ketika
  • Tuang kacang soya ke bekas/meja yang memudahkan kacang soya menjadi sejuk (sebaiknya gunakan kipas)
  • Setelah sejuk dan agak kering, taburkan ragi tempe dan gaul hingga rata.
  • Siapkan plastik dengan ukuran sesuai. Masukkan kacang soya ke dalam plastik hingga ketebalan kira-kira 2-3 cm.
  • Tutup plastik dengan lilin/sealer.
  • Kemudian lubangkan plastik yang telah berisi kacang soya dengan menggunakan jarum atau lidi - kira-kira 8 lubang untuk setiap sisi atas dan bawah.
  • Simpan tempe di atas rak. Sirkulasi udara sangat penting. Biarkan selama kurang lebih 36 jam. Setelah 36 jam, tempe siap.

p/s : suhu sesuai untuk proses ini ialah 30 C.


Contoh rak

Tempe yang siap (masak)

Selamat mencuba

p/s : untuk tempahan RAGI TEMPE, sila beli secara online di http://www.magfood.sto.my/


Tuesday, March 2, 2010

Temui TempeVsTapaiubi di Facebook


Salam semua,

Sealiran dengan peralihan pilihan peminat internet, kami juga kini melangkah setapak lagi dengan mengaplikasikan laman sosial Facebook sebagai pemangkin dan penghubung.

Para peminat tempe dan tapai kini boleh berinteraksi secara mudah dan cepat melalui Facebook.
Pastikan anda klik link di bawah untuk bersama-sama bersosial sambil berkongsi ilmu.

http://www.facebook.com/pages/Tempe-Atau-Tapai/324596229447

JUMPA DI SANA YA .........