Pages

Thursday, March 22, 2012

TravelBlog : Tempe, Tahu & Tapai Tetap Menjadi Pilihan




Tempe, makanan yang dibuat dari fermentasi kacang soya atau beberapa bahan lain yang menggunakan beberapa jenis jamur Rhizopus, seperti Rhizopus oligosporus, Rh. oryzae, Rh. stolonifer (jamur roti), atau Rh. arrhizus. Secara umumnya, jamur tersebut biasa disebut sebagai ragi tempe.

Secara umumnya, tempe berwarna putih kerana pertumbuhan miselia jamur yang melekatkan biji-biji soya sehingga terbentuk tekstur yang memadat. Degradasi komponen-komponen kedelai pada fermentasi membuat tempe memiliki rasa dan aroma khas. Berbeza dengan tahu, tempe terasa agak masam.

Tempe ini amat disukai orang Indonesia, bahkan pada masa kini, saya suka menyebut bahawa tempe menjadi makanan universal.

Kenapa? karena boleh dimakan oleh oleh semua orang, bila-bila masa dan di mana-mana. Rasanya yang lazat, harganya murah dan mudah didapati (semakin mudah apabila kita boleh membuatnya sendiri).

Tambahan pula sepotong tempe mengandung berbagai khasiat bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria bermanfaat untuk kesihatan. 

Golongan vegetarian di seluruh dunia banyak yang telah menggunakan tempe sebagai pengganti daging. Akibatnya sekarang tempe diproduksi di banyak tempat di dunia, tidak hanya di Indonesia.

Dari penelitian saya, negara-negara seperti Jerman, Jepun, China, Eropah, Crotiad, Slovakia dan Amerika Syarikat merupakan pengguna tempe secara kecil-kecilan terutama di kalangan pemastautin.


Kunjungan saya ke Bandung baru-baru ini menampakkan rakyat Indonesia amat memerlukan tempe dan tahu dalam setiap hidangan mereka. Saya sertakan gambar-gambar menarik yang sempat saya ambil untuk kenangan.



Berjalan-jalan di kawasan Cihampelas, ada ramai penjual tapai ubi juga. Sangat menarik kerana ianya dijual ditepi jalan dan ramai yang membelinya termasuk saya sebagai ole-ole. Saya beli tapai yang belum masak dan boleh dimakan selepas 2 hari. Apa yang menarik ialah, tapainya tidak basah dan berair.

Tuesday, March 13, 2012

Artikel : Felda Rancang Buka 16 Kedai D’ Mart



FELDA Trading Sdn Bhd (Felda Trading) menyasarkan membuka 16 kedai D’ Mart iaitu kedai runcit yang menjual pelbagai barangan pada harga patut termasuk di Sabah dan Sarawak sepanjang tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Eimir Huzaimi Md Noh berkata, ketika ini sebanyak 240 kedai D’ Mart yang menjual barangan keluaran Felda Trading sudah dibuka di seluruh negara dengan 20 daripadanya beroperasi di Perak.


Beliau berkata, kedai D’ Mart adalah sebahagian daripada milik Koperasi Permodalan Felda Bhd dan menjual barangan pada harga lebih murah kerana mendapat bekalan dari Felda Trading yang kini mengeluarkan 29 jenis barangan keperluan harian termasuk makanan dan barangan penjagaan diri.



“Jenis bilangan barangan ini dijangka meningkat kepada 40 mulai bulan ini dan 100 jenis pada Jun manakala 150 jenis lagi menjelang akhir tahun ini.


“Kami mengadakan kerjasama dan usahasama dengan pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengilang dan pertubuhan koperasi yang berkemampuan menghasilkan produk bermutu dan dijamin halal,” katanya ketika menyaksikan  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe merasmikan kedai D’ Mart Kamunting, baru-baru ini.


NOTA : Penulis bukan orang yang dimaksudkan di dalam posting ini. sila jangan hubungi kami.