Pages

Thursday, January 12, 2012

Sofaz Freshmart Kini Membuka Kedai Online Terbaru


Selepas berjaya dengan kedai online khas untuk pelanggan luar negara, kini Sofaz Freshmart mengorak langkah kehadapan dengan membuka sebuah lagi kedai online khas untuk pelanggan di Malaysia.


Walaupun langkah ini tampak lewat dimulakan, ini adalah kerana permintaan yang masih kurang di kalangan rakyat Malaysia untuk membeli-belah secara maya terutamanya produk makanan.


Atas permintaan dan saranan dari peminat TempeVsTapaiUbi, dan tanpa menoleh ke belakang, produk Sofaz Freshmart kini boleh dibeli secara online.


Pelbagai pilihan produk dipaparkan untuk kemudahan bakal pelanggan memilih. Dengan harga yang berpatutan, anda pasti berpuashati.




Mulakan hari ini dan pastikan anda mendapatkan produk Sofaz Freshmart yang berkualiti dan terbaik di pasaran.


Sofaz Freshmart juga akan menambah banyak lagi produk tempatan lain bagi memenuhi permintaan dari masa kesemasa.


Kepada pembaca yang melawat website tempe.com.my juga diberi diskaun hebat yang pasti anda tak boleh lepaskan.


Anda juga dijemput untuk membuat cadangan dan komen terhadap kedai online supaya penambahbaikan boleh dibuat mengikut keperluan.


Diharap juga kedai online ini boleh memenuhi keperluan dan permintaan peminat pembeli online di seluruh Malaysia.

Friday, January 6, 2012

MYagro Hypermarket : Pasaraya PKS Pertama





KUALA LUMPUR 4 Jan. – Pasar raya khas untuk pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS) bernilai lebih RM100 juta dan pertama seumpamanya di Malaysia, MYagro Hypermarket bakal beroperasi Jumaat ini.

Ia juga akan menempatkan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), kata Pengarah Urusan Jamal Jaya Holdings Sdn. Bhd. (Jamal Jaya), Datuk Jamal Md. Yunos.

Pasar raya khas berkeluasan 25,000 meter persegi itu ditempatkan di Dewan D, tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) di Serdang, dekat sini.

Jamal yang juga pengendali MYagro Hypermarket berkata, pasar raya tersebut akan menjadi platform terbaik untuk PKS tempatan mempromosikan produk mereka secara berterusan sepanjang tahun.

Katanya, MYagro Hypermarket dijangka menawarkan 13,000 produk keperluan harian daripada 5,000 usahawan PKS.

“Kami juga membuka cawangan kedua KIR1M yang jauh lebih besar daripada cawangan pertama di Setiawangsa bagi memberi lebih kemudahan kepada pengunjung.

“MYagro Hypermarket akan menjadi pusat sehenti bagi orang ramai memperoleh pelbagai barangan keperluan harian yang murah dan sukar diperolehi di pasar raya lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Jamal berkata, MYagro Hypermarket diwujudkan bagi membantu usahawan PKS tempatan dengan memasarkan produk mereka terus kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah dan dibenarkan menggunakan jenama sendiri.

“Saya berharap orang ramai dapat hadir ke MYagro Hypermarket bagi membantu usahawan PKS tempatan meningkatkan jualan mereka dan saya yakin jika mendapat sokongan, lebih banyak produk PKS berkualiti dapat dihasilkan pada masa depan,’’ jelasnya.

MYagro Hypermarket akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam dan lebih 5,000 ruang letak kereta disediakan untuk keselesaan pelanggan.

Tambah Jamal lagi, pihaknya masih membuka pintu kepada usahawan PKS lain yang mahu menyertai MYagro Hypermarket dan permohonan boleh dibuat terus di pasar raya berkenaan.

“Kami sangat menggalakkan kehadiran produk dari industri kecil-kecilan di kawasan kampung bagi meningkatkan pilihan dan keunikan di MYagro Hypermarket,’’ ujarnya.