Pages

Tuesday, February 10, 2009

Resepi : Sambal Tempe Versi Moden

Bahan:
5 keping tempe (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 peket kecil suhun (direndam)
2 peket kecil tauhu kering (direndam)
1 labu bawang besar (dihiris)
10 tangkai cili kering (dikisar)
Sedikit garam
Sedikit gula
Asam jawa

Cara Memasak:
Goreng tempe dan kentang sehingga garing. Toskan sehingga sejuk.

Tumis cili kering dan bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan tempe dan kentang tadi. Kacau rata.

Akhir sekali masukkan suhun, tauhu kering dan garam. Kacau sekali lagi dan hidangkan.

Kalau nak sedap boleh la tambahkan ikan bilis dan kacang tanah yang disangan (goreng tanpa minyak).

Tips : jangan guna cili boh atau cili basah, nanti pahit dan cepat rosak.

Friday, January 9, 2009

KEMPEN : Boikot Produk Berkaitan ISRAEL Laknatullah

Klik link ini http://www.inminds.%20co.uk/boycott-%20brands.html

Saya nampak terlalu banyak produk keluaran yahudi memasuki pasaran negara kita. Ada yang dah lebih 20 tahun bertapak dihati pengguna.

Bagaimanapun, saya dan keluarga nekad untuk cuba tidak mengguna atau membeli produk-produk tersebut. Antara barangan yang sebelum ini saya beli ialah :



























Wednesday, December 24, 2008

Harga Minyak Vs Harga Barang

Salam,
Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog kami yang serba kekurangan ini.
Sejak beberapa minggu ni, banyak cerita kurang enak kedengaran pasal penurunan harga minyak dipasaran dunia dan kerajaan kita juga telah 7 kali menurunkan harga minyak. Tetapi, haraga barang masih lagi tinggi dan tak turun-turun.
Namun realitinya, kenaikan mendadak tempohari telah mengakibatkan ledakan harga runcit semua jenis komoditi dipasaran. Mungkin ini menjadi punca kejatuhan ekonomi di masa depan.
Banyak juga SMS diterima dari pelanggan setia dan rakan-rakan membincangkan kesan ekonomi terhadap kehidupan seharian kami. Ramai juga yang tidak berpuashati dengan pelan tindakan kerajaan yang tidak memantau secara keseluruhan paten harga barangan serta monopoli para pembekal terhadap sesuatu barangan.
Sebagai contoh, kilang kami bergantung kepada bahan mentah yang diimport. Kenaikan mendadak harga bahan mentah tidak membolehkan kami menaikkan harga barang kami kerana suasana pasaran dan kuasa membeli sudah berkurangan berbanding dulu. Kos pengangkutan juga telah naik sekitar 30% walaupun harga minyak diturunkan. Alasan kos selenggara yang telah naik serta kenaikan gaji memang tidak dapat dielakkan dan amat munasabah sekarang ini.
Oleh itu, bila melihat keadaan ekonomi yang semakin gawat dengan berita pemberhentian pekerja sektor tertentu akan mengakibatkan kuasa membeli akan terus menurun dan perniagaan peruncitan semakin lembab.
Dalam situasi sekarang, orang awam akan menyalahkan peruncit kerana harga yang semakin mahal padahal harga minyak dah turun. Realitinya, pemborong atau orang tengah secara senyap-senyap mengambil kesempatan mencari untung berlebihan melalui cara yang tidak beretika. Akhirnya, pengeluar atau pengilang yang dipertanggungjawabkan. Pening juga.....

Thursday, October 16, 2008

Rakan Kongsi - Ejen Pemasaran

Salam,

Sedar tak sedar dah 16 hari kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini. Alhamdulillah, raya tahun ni banyak jemputan rumah terbuka diterima. Terima kasih kepada yang menjemput dan mohon maaf bebanyak jika ada jemputan yang tak dapat dipenuhi. mungkin terlupa atau atas alasan berpuasa.

Sejak saya iklankan posting berkenaan iklan rakan kongsi, ramai yang menghubungi saya untuk penjelasan. Terima kasih kepada yang berminat.

Namun, amat mendukacitakan bila saya explain yang produk saya ni cuma tempe dan tapai ramai yang mengeluh, ketawa dan tak berpuashati. Mengapa???

Saya tak la risau sangat sebab dah biasa berdepan dengan situasi begini. Kena 'kencing' pun dah banyak kali. Niat saya cuma nak meluaskan rangkaian perniagaan dan melahirkan jaringan usahawan dikalangan orang kita. Tapi, entah la....

Kepada yang berminat tapi belum faham konsep rakan kongsi, biar saya terangkan di blog ini.

1. Ambil produk di kilang.
2. Catitan perlu dibuat semasa stok diambil keluar dari kilang.
3. Hantar kepada pelanggan mengikut tempahan yang dipersetujui.
4. Kutip duit hasil jualan dari pelanggan.
5. Bayar kepada saya harga pokok.

Saya jual produk saya mengikut harga pokok. Terpulang kepada anda untuk jual berapa harga pun kepada pelanggan asalkan tidak melebihi harga maksimum.

Nota: harga maksimum mengikut harga pasaran di pasar besar.

Syarat mudah untuk melayakkan anda BERJAYA mengalahkan fikiran negatif mengenai peluang ini:

1. Boleh bangun awal pagi
2. Sanggup menjual barang
3. Komitmen tinggi terhadap pelanggan
4. Rajin berusaha
5. Mahu menjadi usahawan satu hari nanti


Komisen yang ditawarkan ialah 40% (bergantung kepada cara anda menjual). Yang bagusnya, anda boleh dapat duit cash hari-hari.

Tiada kejayaan tanpa usaha. Percayalah...
.

Friday, October 10, 2008

Keje Part Time

Salam dan Selamat Hari Raya,

Dalam kesibukan merayakan Aidilfitri kali ni, banyak juga urusan kerja yang perlu dibereskan. Antaranya:

1. Balik kampung - persiapan raya dah disiapkan oleh orang umah. Anak-anak beraya sakan - beres
2. Ternak cacing - Upah orang untuk jaga (maklum la cuti 6 hari..) - bayar je la upahnya
3. Jualan tempe & tapai - kilang cuma cuti 3 hari. Raya kedua dah start proses tempe. Nampaknya banyak tempahan sebab kat pasar belum ada lagi stok. So, banyak kedai order lebih - penattt...
4. Jualan biskut dan kerepek - tengah dok kutip hutang je - beres.

Alhamdulillah, tahun ni nampak banyak aktiviti bisnes part-time yg dijalankan. Hasilnya ada la sikit... buat belanja.

Doakan kejayaan saya ya... moga boleh nanti kita kongsi bersama.

BUAT MASA SAYA SEDANG MENCARI RAKAN KONGSI UNTUK MENJADI EJEN JUALAN @ PENGEDAR produk-produk saya. Kepada yang berminat, sila hubungi saya SEGERA !!!

Wasalam.