Pages

Showing posts with label ragi. Show all posts
Showing posts with label ragi. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Resepi : Cara Membuat Tempe



Atas permintaan ramai, diperturunkan cara-cara membuat tempe sendiri di rumah. Semoga dapat jadi panduan dan info tambahan untuk anda semua.

Ragi tempe adalah khusus - tidak boleh guna ragi/yeast yang biasa digunakan untuk membuat kuih @ roti @ tapai @ apam.

Bahan-bahan
1. kacang soya 1kg (rendam sekurang-kurangnya 2 malam)
2. ragi tempe 2-3 gram & tepung beras 5-6 gram (digaul sebati)

Cara-cara
  • Setelah direndam selama lebih kurang 48 jam (2 malam), kacang soya menjadi kembang
  • Basuh kacang beberapa kali dan buang kulit kacang yang tertanggal. Ramas kacang agar kulitnya tertanggal atau gunakan mesin pemecah kacang. Kulit soya perlu dibuang sepenuhnya supaya tempe tidak menjadi masam dan rosak
  • Setelah bersih, tuangkan kacang soya ke dalam periuk dan tuang air secukupnya. Rebus kacang soya selama kurang lebih 30 minit atau sehingga mendidih. Selama kacang soya direbus akan muncul buih putih.
  • Setelah direbus selama 30 minit, buang air sisa dari dalam periuk
  • Toskan kacang beberapa ketika
  • Tuang kacang soya ke bekas/meja yang memudahkan kacang soya menjadi sejuk (sebaiknya gunakan kipas)
  • Setelah sejuk dan agak kering, taburkan ragi tempe dan gaul hingga rata.
  • Siapkan plastik dengan ukuran sesuai. Masukkan kacang soya ke dalam plastik hingga ketebalan kira-kira 2-3 cm.
  • Tutup plastik dengan lilin/sealer.
  • Kemudian lubangkan plastik yang telah berisi kacang soya dengan menggunakan jarum atau lidi - kira-kira 8 lubang untuk setiap sisi atas dan bawah.
  • Simpan tempe di atas rak. Sirkulasi udara sangat penting. Biarkan selama kurang lebih 36 jam. Setelah 36 jam, tempe siap.

p/s : suhu sesuai untuk proses ini ialah 30 C.


Contoh rak

Tempe yang siap (masak)

Selamat mencuba

p/s : untuk tempahan RAGI TEMPE, sila beli secara online di http://www.magfood.sto.my/


Thursday, October 16, 2008

Rakan Kongsi - Ejen Pemasaran

Salam,

Sedar tak sedar dah 16 hari kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini. Alhamdulillah, raya tahun ni banyak jemputan rumah terbuka diterima. Terima kasih kepada yang menjemput dan mohon maaf bebanyak jika ada jemputan yang tak dapat dipenuhi. mungkin terlupa atau atas alasan berpuasa.

Sejak saya iklankan posting berkenaan iklan rakan kongsi, ramai yang menghubungi saya untuk penjelasan. Terima kasih kepada yang berminat.

Namun, amat mendukacitakan bila saya explain yang produk saya ni cuma tempe dan tapai ramai yang mengeluh, ketawa dan tak berpuashati. Mengapa???

Saya tak la risau sangat sebab dah biasa berdepan dengan situasi begini. Kena 'kencing' pun dah banyak kali. Niat saya cuma nak meluaskan rangkaian perniagaan dan melahirkan jaringan usahawan dikalangan orang kita. Tapi, entah la....

Kepada yang berminat tapi belum faham konsep rakan kongsi, biar saya terangkan di blog ini.

1. Ambil produk di kilang.
2. Catitan perlu dibuat semasa stok diambil keluar dari kilang.
3. Hantar kepada pelanggan mengikut tempahan yang dipersetujui.
4. Kutip duit hasil jualan dari pelanggan.
5. Bayar kepada saya harga pokok.

Saya jual produk saya mengikut harga pokok. Terpulang kepada anda untuk jual berapa harga pun kepada pelanggan asalkan tidak melebihi harga maksimum.

Nota: harga maksimum mengikut harga pasaran di pasar besar.

Syarat mudah untuk melayakkan anda BERJAYA mengalahkan fikiran negatif mengenai peluang ini:

1. Boleh bangun awal pagi
2. Sanggup menjual barang
3. Komitmen tinggi terhadap pelanggan
4. Rajin berusaha
5. Mahu menjadi usahawan satu hari nanti


Komisen yang ditawarkan ialah 40% (bergantung kepada cara anda menjual). Yang bagusnya, anda boleh dapat duit cash hari-hari.

Tiada kejayaan tanpa usaha. Percayalah...
.

Monday, August 18, 2008

Update Terbaru Sofaz Enterprise

Salam,

Maaf la sebab dah lama tak update bolg ini. Kesibukan dengan projek baru "ternak lumbricus rubellus" telah menghadkan pergerakan saya unutk meluangkan masa dok ngadap PC.
Anyway, cuma nak update yang Sofaz Enterprise baru saja memindahkan operasi kilang kami ke satu tempat strategik di dalam kawasan Puchong gak. 5 minit dari rumah saya.
Bisnes macam biasa cuma kelam kabut renovate (repair le tu) sana-sini nak sesuaikan kondisi kilang dengan keperluan operasi.
Interview untuk cari part-time despatch sedang dijalankan. Ada la 2-3 yang berminat tapi belum shortlisted lagi. Insya-allah minggu depan boleh start kerja la kot. So, sapa cepat dia dapat la...
Nanti saya update lagi ya...
bye.

Thursday, July 10, 2008

Loughborough University Research Finds Tempe Linked to better Memory

People who eat high levels of some soy products, including tofu and other so-called ‘superfoods’, may be at an increased risk of memory loss.

Scientists from the Universities of Loughborough and Oxford, funded by the Alzheimer’s Research Trust, worked with Indonesian colleagues to investigate the effects of high soy consumption in 719 elderly Indonesians living in urban and rural regions of Java.

The researchers’ findings, to be published in ‘Dementias and Geriatric Cognitive Disorders’ later this month, include evidence that a high consumption of tofu is associated with worsening memory, particularly among people aged 68 or older.

Lead researcher, Professor Eef Hogervorst of Loughborough University said: “Soy consumption is on the increase in the West and is often promoted as a ‘superfood’. Soy products are rich in micronutrients called phytoestrogens, but it is not entirely clear what their effect on the aging brain is.

“They have similar effects to oestrogen which may offer neuroprotection to the middle-aged and young but not to over 65s for whom it could heighten risk of dementia and lower memory function.”

Intriguingly, the researchers also found that consuming tempe, a fermented soy product made from whole soy bean, is associated with better memory.Professor Hogervorst said the beneficial effect of tempe might be related to its high levels of folate, which is known to reduce dementia risk.

More....

Monday, May 5, 2008

Peluang Perniagaan

Sofaz Freshmart mempelawa kepada pengusaha ladang atau pemborong untuk membekalkan ubi kayu kuning jenis mentega untuk keperluan produksi kilang kami. Ubi kuning jenis ini sangat sesuai dalam pembuatan tapai ubi.


Akibat permintaan yang semakin menggalakkan dan kekurangan bekalan sedia ada di pasaran, kami sedang berusaha mencari alternatif demi memenuhi permintaan.


Bekalan yang agak besar juga diperlukan terutama pada bulan Ramadhan dan Syawal nanti.


Sila hubungi Azmi (016-2282910) untuk keterangan lanjut.


Terima kasih.




Friday, May 2, 2008

What Is Fermentation


Fermentation in food processing typically refers to the conversion of sugar to alcohol using yeast under anaerobic conditions. A more general definition of fermentation is the chemical conversion of carbohydrates into alcohols or acids. When fermentation stops prior to complete conversion of sugar to alcohol, a stuck fermentation is said to have occurred. The science of fermentation is known as zymology.

Fermentation usually implies that the action of the microorganisms is desirable, and the process is used to produce alcoholic beverages such as wine, beer, and cider. Fermentation is also employed in preservation to create lactic acid in sour foods such as pickled cucumbers, kimchi and yogurt.

Fermentation is one way microorganisms can change a food. Certain bacteria, including lactic acid bacteria, are used to make yogurt, cheese, hot sauce, pickles and dishes such as kimchi.

A common effect of these fermentations is that the food product is less hospitable to other microorganisms, including pathogens and spoilage-causing microorganisms, thus extending the food's shelf-life.

Some cheese varieties also require mold microorganisms to ripen and develop their characteristic flavors.

Tempeh - Introduction

Tempeh/Tempe is made by a natural culturing and controlled fermentation process that binds soybeans into a cake form. It originated from Indonesia, invented by the Javanese, where it is most popular, although it is common in other parts of Southeast Asia as well, introduced by migrated Javanese. It is especially popular on the island of Java, where it is a staple source of protein.

Like tofu, tempeh is made from soybeans, but tempeh is a whole soybean product with different nutritional characteristics and textural qualities. Tempeh's fermentation process and its retention of the whole bean give it a higher content of protein, dietary fiber and vitamins compared to tofu, as well as firmer texture and stronger flavor.

Tofu, however, is thought to be more versatile in dishes. Because of its nutritional value, tempeh is used worldwide in vegetarian cuisine; some consider it to be a meat analogue. Even long before people found and realized the rich nutritional value of tempeh, tempeh was referred to as “Javanese meat.”

Monday, March 3, 2008

Resepi - Agar-agar Keledek

Bahan-Bahan:
1 tahil agar-agar
1 kati keledek
1 kati gula pasir
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
Sedikit warna kuning
Sedikit garam
2 biji telur ayam

Cara-cara:
Agar-agar dibersihkan dan direndam kemudian direbus dengan 4 gelas air dan daun pandan. Bila sudah hancur masukkan gula dan rebus lagi sampai mendidih baru tapis.

Keledek dibuang kulitnya kemudian direbus hingga benyek dan kecek hingga halus.Telur dikacau bersama susu cair kemudian campurkan ke dalam campuran keledek.

Campurkan keledek ke dalam agar-agar tadi dan perlahankan apinya. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan biarkan hingga mendidih. Sejukkan ke dalam loyang mengikut kegemaran masing-masing.

Friday, February 29, 2008

Resepi - Muffin Tapai Ubi


Bahan-bahan ( untuk buat 25 biji muffin )
4 biji telur
110gram gula pasir
1sudu teh ovallate
100gram tepung gandum - di ayak
1/2sudu teh baking powder - bersama
100ml santan pekat
200gram tapai ubi
secubit garam
1/2sudu teh essen vanilla
100gram keju cheddar - diparut


Cara-cara
Campurkan tapai ubi yg dah dibuang serat bersama santan dan secubit garam, kemudian kisarkan ataupun dengan menggunakan mixer sampai tapai ubi menjadi lembut dan sebati dengan santan. Ketepikan.
Pukul telur, gula dan ovallate sampai kembang.
Masukkan ayakan tepung gandum dan baking powder, kacau rata.
Masukkan campuran tapai ubi dan santan, essen vanilla, kacau rata.
Masukkan sebahagian keju parut, ratakan.
Masukkan adunan kedalam acuan muffin yg dah dialasi dengan kertas muffin. Isikan penuh, kemudian taburkan dengan keju parut yg sebahagian tadi.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180c atau bergantung pada kepanasan oven masing-masing selama 15-20 minit.

Khir Toyo nafi suntik botox hanya makan tempe

PETALING JAYA 3 Feb 08 – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan yang beliau mengambil suntikan botox atau melakukan sebarang pembedahan ke atas wajahnya.

Sebaliknya, beliau dalam nada berseloroh berkata, rahsia mukanya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

‘‘Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi, ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi.

‘‘Itu sahaja petua saya. Ini pembangkang fitnah saya pakai suntikan botoxlah, pembedahanlah sedangkan saya tak buat pun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Mengecat Bangunan di Taman Desa Ria PJS 5 di sini hari ini.

Mohamad Khir menambah, dakwaan dan fitnah sedemikian ke atasnya disifatkan oleh beliau sebagai dilakukan oleh golongan yang tidak mempunyai kerja.

Penampilan Mohamad Khir sejak tahun lalu menarik perhatian ramai apabila kulit mukanya bertambah licin dan sekali gus membuatkan beliau kelihatan lebih muda berbanding sebelumnya.

Selain itu, beliau juga tidak kelihatan memakai cermin mata seperti mana kebiasaannya.

Ini membuatkan pada masa yang sama pelbagai tanggapan timbul terhadap segala perubahan terhadap Menteri Besar Selangor itu termasuk kononnya beliau menggunakan rawatan wajah seperti botox dan lain-lain.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Penerangan UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Setinggan, Perumahan dan Pengurusan Bangunan Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan.

Monday, February 25, 2008

Resepi - Tapai Ubi Goreng


Bahan-bahan:

Tapai ubi

Tepung goreng Adabi

Tepung Gandum

Sedikit garam & gula

Air

Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1) Campur 2 bahagian tepung goreng Adabi dengan 1 bahagian tepung gandum.

2) Masukkan sedikit gula dan garam.

3) Bancuh campuran tepung dengan air sehingga menjadi bater yang pekat seperti membuat pankek.

4) Panaskan minyak yang banyak. Celup tapai ubi kedalam bater dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan seperti menggoreng pisang. Angkat dan hidangkan panas dengan susu krimer pekat manis atau sos custard.

Resipi - Tempe Goreng Berempah


5 keping tempe dibelah dua atau di hiris kecil,
1 sudu serbuk kari daging,
1 sudu serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, sedikit perasa, garam secukup rasa.
2 sudu besar tepung jagung.

Bahan-bahan tadi hendaklah digaul mesra bersama tempe tadi dan kemudian pecahkan sebutir telur dan celupkan tempe tadi ke dalam bancuhan telur.

Lepas itu goreng hingga garing.

p/s : sedap kalau dicicah bersama mayonis.


History of Tempe

Indonesia - Tempeh processing could be the oldest food technology in the history of Javanese people. Serat Centhini, a book published in the 16th century, indicates that tempeh had been produced and consumed by the time of its publication. Tempeh might have been introduced by the Chinese who are making a similar product, soybean koji, which are dehulled soybeans fermented with Aspergillus molds. The use of Rhizopus as tempeh starter in Indonesia may have been due to its better adaptation to the Indonesian climate. The earliest reference to tempeh by a European appeared in 1875 in a Javanese-Dutch dictionary. The rise of tempeh's popularity in Java and its spread to other parts of Indonesia and other countries of the world began in the 20th century. In the 1970s the banana leaf as container for the production of tempeh was replaced by the use of plastic bags.

Europe - In Europe, tempeh is known through the Dutch who once colonized Indonesia. In 1895 the Dutch microbiologist and chemist Prinsen Geerlings made the first attempt to identify the tempeh mold. The first tempeh companies in Europe were started in the Netherlands by immigrants from Indonesia. The first English written article appeared in 1931 the book "Vegetables of the Dutch East Indies ", written by J.J. Ochse. The earliest popular article about tempeh was a 7 page story published in France 1982 in Le Compas.

USA - In the USA, tempeh has been known only since 1946 with the publication of "Possible Sources of Proteins for Child Feeding in Underdeveloped Countries", in the American Journal of Clinical Nutrition. In the 1960s there was new interest in tempeh with research in tempeh at the Cornell University (New York) and at the USDA Northern Regional Research Center (Illinois). In 1961 Mary Otten was the first to begin making tempeh. Great deal of the credit for introducing tempeh to the American public goes to The Farm, a large spiritual and farming community in Summertown (Tennessee). The first commercial tempeh shop was started in 1975 by Mr. Gale Randall in Undadilla, Nebraska. An article by R. Rodale in "Prevention" in June 1977 brought him and his shop national prominence. In the 1980s when the tempeh industry expanded, the media showed new interest and a lot of articles appeared in scientific journals. During 1983 about 1 million commercial tempeh was produced.

Developing countries - In the 1940s Van Veen tried to introduce tempeh in Zimbabwe. But efforts to introduce tempeh as cheap source of protein in Zimbabwe and other developing countries (Africa and South-America) have mainly failed since the local populations have no experience with mold-fermented foods.

Actual trends - In Europe, the USA and other industrialized countries the interest for tempeh is increasing, by growing interest in health, nutrition and vegetarisme.

Khasiat dan Kandungan Gizi Tempe

Tempe berpotensi untuk digunakan melawan radikal bebas, sehingga dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes, kanker, dan lain-lain). Selain itu tempe juga mengandung zat antibakteria penyebab diarrhoea, penurun kolesterol darah, pencegah penyakit jantung, hypertension, dan lain-lain.
Komposisi gizi tempe baik pada kadar protein, lemak, dan karbohidratnya tidak banyak berubah dibandingkan dengan soya/kedelai. Namun, kerana adanya enzim pencernaan yang dihasilkan oleh ragi tempe, maka protein, lemak, dan karbohidrat pada tempe menjadi lebih mudah dicerna di dalam tubuh dibandingkan yang terdapat dalam soya. Oleh itu, tempe sangat baik untuk diberikan kepada semua (dari bayi hingga dewasa), sehingga boleh disebut sebagai makanan semua peringkat umur.
Dibandingkan dengan soya/kedelai, terjadi beberapa perkara baik hasil daripada tempe. Secara kimia hal ini boleh dilihat dari peningkatan kadar padatan terlarut, nitrogen terlarut, asam amino bebas, asam lemak bebas, nilai cerna, nilai efisiensi protein, serta skor proteinnya.
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa zat gizi tempe lebih mudah dicerna, diserap, dan dimanfaatkan tubuh dibandingkan dengan yang ada dalam soya/kedelai. Ini telah dibuktikan pada bayi dan kanak-kanak penderita gizi buruk dan diarrhoea kronik.
Dengan pemberian tempe, pertumbuhan berat badan penderita gizi buruk akan meningkat dan diarrhoea menjadi sembuh dalam waktu singkat. Pengolahan soya/kedelai menjadi tempe akan menurunkan kadar raffinosa dan stakiosa, yaitu suatu senyawa penyebab timbulnya gejala flatulensi (kembung perut).
Mutu gizi tempe yang tinggi memungkinkan penambahan tempe untuk meningkatkan mutu serealia dan umbi-umbian. Hidangan makanan sehari-hari yang terdiri dari nasi, jagung, atau ubi akan meningkat mutu gizinya bila ditambah tempe.
Sepotong tempe goreng (50 gram) sudah cukup untuk meningkatkan mutu gizi 200g nasi. Bahan makanan campuran beras-tempe, jagung-tempe, ubi-tempe, dalam perbandingan 7:3, sudah cukup baik untuk diberikan kepada kanak-kanak.
Asam Lemak
Selama proses fermentasi tempe, terdapat tendensi adanya peningkatan darjat ketidakjenuhan terhadap lemak.
Dalam proses itu asam palmitat dan asam linoleat sedikit mengalami penurunan, sedangkan kenaikan terjadi pada asam oleat dan linolenat (asam linolenat tidak terdapat pada soya/kedelai). Asam lemak tidak jenuh mempunyai efek penurunan terhadap kandungan kolesterol serum, sehingga dapat menetralkan efek negatif sterol di dalam tubuh.
Vitamin
Dua kelompok vitamin terdapat pada tempe, iaitu larut air (vitamin B kompleks) dan larut lemak (vitamin A, D, E, dan K). Tempe merupakan sumber vitamin B yang sangat potensial. Jenis vitamin yang terkandung dalam tempe antara lain vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), asam pantotenat, asam nikotinat (niasin), vitamin B6 (piridoksin), dan B12 (sianokobalamin).
Vitamin B12 umumnya terdapat pada produk-produk haiwan dan tidak dijumpai pada makanan tumbuhan (sayuran, buah-buahan, dan biji-bijian), namun tempe mengandung vitamin B12 sehingga tempe menjadi satu-satunya sumber vitamin yang berpotensi berpunca dari tumbuhan. Kenaikan kadar vitamin B12 paling mencolok pada pembuatan tempe; aktiviti vitamin B12 meningkat sampai 33 kali selama fermentasi dari kedelai, riboflavin naik sekitar 8-47 kali, piridoksin 4-14 kali, niasin 2-5 kali, biotin 2-3 kali, asam folat 4-5 kali, dan asam pantotenat 2 kali lipat. Vitamin ini tidak diproduksi oleh kapang tempe, tetapi oleh bakteria kontaminan seperti Klebsiella pneumoniae dan Citrobacter freundii.
Kadar vitamin B12 dalam tempe berkisar antara 1,5 sampai 6,3 mikrogram per 100 gram tempe kering. Jumlah ini telah dapat mencukupi keperluan vitamin B12 seseorang sehari. Dengan adanya vitamin B12 pada tempe, para vegetarian tidak perlu merasa risau akan kekurangan vitamin B12, sepanjang mereka melibatkan tempe dalam menu hariannya.
Mineral
Tempe mengandung mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral besi, tembaga, dan zink berturut-turut adalah 9,39; 2,87; dan 8,05 mg setiap 100 g tempe. Ragi tempe dapat menghasilkan enzim fitase yang akan menguraikan asam fitat (yang mengikat beberapa mineral) menjadi fosfor dan inositol. Dengan terurainya asam fitat, mineral-mineral tertentu (seperti besi, kalsium, magnesium, dan zink) menjadi lebih tersedia untuk dimanfaatkan tubuh.
Antioksidan
Di dalam tempe juga ditemukan satu zat
antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, E, dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Dalam soya terdapat tiga jenis isoflavon, iaitu daidzein, glisitein, dan genistein. Pada tempe, di samping ketiga jenis isoflavon tersebut juga terdapat antioksidan faktor II (6,7,4-trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan dengan isoflavon dalam soya. Antioksidan ini disintesis pada saat terjadinya proses fermentasi soya menjadi tempe oleh bakteria Micrococcus luteus dan Coreyne bacterium.
Penuaan (aging) dapat dihambat bila dalam makanan yang diambil setiap hari mengandungi antioksidan yang cukup. Kerana tempe merupakan sumber antioksidan yang baik, pengambilannya dalam jumlah cukup secara teratur dapat mencegah terjadinya proses penuaan. Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, menemukan bahawa genestein dan fitoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat dan payudara.

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan air batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi.
  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

TAPAI UBI PENCEGAH KANSER

JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.
Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda. Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin. Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.
Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.
Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.
Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).
Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960. Kaedah ini lebih murah, memerlukan sample yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan. Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan Ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.
Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).
Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.
Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (Ph beralkali).
Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.
``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut. Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT. Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.
Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.
Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.
``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza. Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.
Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser. Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan. ``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.
Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)

Resepi - Kek Tapai




KEK Tapai

Bahan:
300g tapai ubi - buangkan empulur
6 biji kuning telur
4 biji putih telur
200g gula pasir halus/kastor
1/2 sudu teh serbuk vanilla
150g mentega - dicairkan
100g keju cheddar - parut
Ayak:
175g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
25g susu tepung

Siapkan loyang berlubang tengah diameter 20cm. Sapu butter dan tabur dengan sedikit tepung. Lenyekkan (hancurkan) tapai ubi dengan garfu, ketepikan. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk vanillin dan tapai lenyek sedikit demi sedikit sambil dipukul rata. Kemudian masukkan tepung, gaul rata. Tuang mentega cair dan gaul rata. Tambahkan 75g keju cheddar parut, gaul rata. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan. Taburkan lebihan keju. Bakar dalam suhu 160 deg C selama 45 minit hingga kek masak. Angkat dan sejukkan. Keluarkan kek dari loyang. Hidangkan.

Thursday, February 21, 2008

APA ITU TEMPE ?

Tempe adalah makanan yang asalnya dari kacang soya yang difermentasikan menggunakan ragi tempe. Selain itu, terdapat juga makanan serupa tempe yang bukan dari kacang soya yang juga disebut tempe.
Ragi tempe yang mengubah bentuk kacang soya menghidrolisis senyawa-senyawa kompleks menjadi senyawa sederhana yang mudah dicerna oleh manusia. Tempe kaya dengan serat, kalsium, vitamin B dan zat besi. Berbagai macam kandungan dalam tempe mempunyai nilai perubatan, seperti antibiotik untuk menyembuhkan infeksi dan antioksidan bagi pencegah penyakit degeneratif.
Secara umum, tempe berwarna putih karena pertumbuhan struktur kulat yang menghubungkan biji-biji soya sehingga terbentuk tekstur yang padat. Berbeza dengan tahu, tempe rasanya agak masam.
Tempe sangat popular di Indonesia, namun sekarang ini telah terkenal di serata pelosok dunia. Bagi golongan vegetarian di seluruh dunia, tempe sebagai pengganti daging. Oleh itu tempe dikeluarkan diserata tempat di dunia, tidak hanya di Indonesia.

1. Fermentasi adalah proses produksi energi dalam sel dalam keadaan anaerobik (tanpa oksigen). Secara umum, fermentasi adalah salah satu bentuk respirasi anaerobik, akan tetapi, terdapat definisi yang lebih jelas yang mendefinisikan fermentasi sebagai respirasi dalam lingkungan anaerobik dengan tanpa akseptor elektron eksternal.Gula adalah bahan yang umum dalam fermentasi. Beberapa contoh hasil fermentasi adalah etanol, asam laktat, dan hidrogen. Akan tetapi beberapa komponen lain dapat juga dihasilkan dari fermentasi seperti asam butirat dan aseton. Ragi dikenal sebagai bahan yang umum digunakan dalam fermentasi untuk menghasilkan etanol dalam bir, anggur dan minuman beralkohol lainnya. Respirasi anaerobik dalam otot mamalia selama kerja yang keras (yang tidak memiliki akseptor elektron eksternal), dapat dikategorikan sebagai bentuk fermentasi.