
Atas permintaan ramai, diperturunkan cara-cara membuat tempe sendiri di rumah. Semoga dapat jadi panduan dan info tambahan untuk anda semua.
Ragi tempe adalah khusus - tidak boleh guna ragi/yeast yang biasa digunakan untuk membuat kuih @ roti @ tapai @ apam.
Bahan-bahan
1. kacang soya 1kg (rendam sekurang-kurangnya 2 malam)
2. ragi tempe 2-3 gram & tepung beras 5-6 gram (digaul sebati)
Cara-cara
- Setelah direndam selama lebih kurang 48 jam (2 malam), kacang soya menjadi kembang
- Basuh kacang beberapa kali dan buang kulit kacang yang tertanggal. Ramas kacang agar kulitnya tertanggal atau gunakan mesin pemecah kacang. Kulit soya perlu dibuang sepenuhnya supaya tempe tidak menjadi masam dan rosak
- Setelah bersih, tuangkan kacang soya ke dalam periuk dan tuang air secukupnya. Rebus kacang soya selama kurang lebih 30 minit atau sehingga mendidih. Selama kacang soya direbus akan muncul buih putih.
- Setelah direbus selama 30 minit, buang air sisa dari dalam periuk
- Toskan kacang beberapa ketika
- Tuang kacang soya ke bekas/meja yang memudahkan kacang soya menjadi sejuk (sebaiknya gunakan kipas)
- Setelah sejuk dan agak kering, taburkan ragi tempe dan gaul hingga rata.
- Siapkan plastik dengan ukuran sesuai. Masukkan kacang soya ke dalam plastik hingga ketebalan kira-kira 2-3 cm.
- Tutup plastik dengan lilin/sealer.
- Kemudian lubangkan plastik yang telah berisi kacang soya dengan menggunakan jarum atau lidi - kira-kira 8 lubang untuk setiap sisi atas dan bawah.
- Simpan tempe di atas rak. Sirkulasi udara sangat penting. Biarkan selama kurang lebih 36 jam. Setelah 36 jam, tempe siap.
p/s : suhu sesuai untuk proses ini ialah 30 C.
Contoh rak
Tempe yang siap (masak)
Selamat mencuba
p/s : untuk tempahan RAGI TEMPE, sila beli secara online di http://www.magfood.sto.my/