Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, March 11, 2010

Resepi : Pecal Stail Jawa


Bahan-bahan

300 gm kacang tanah

10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
6 biji cekur @ kencur (orang jawa je yang guna bahan ini)
30 gm asam jawa
1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
100 gm cili api
150 gm gula
1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
1 keping tempe di hiris kecil

Minyak masak untuk menggoreng

Ulaman
1 ikat pucuk ubi (rebus)
1 ikat kacang panjang (celur)
semangkuk bihun (rebus)
1/5 kg tauge (celur)
2 biji tahu
(goreng)
2 biji timun

Nota : Ulaman di atas perlu dicelur terlebih dahulu. Banyak lagi ulaman boleh ditambah seperti pucuk ubi, pucuk betik dan sebagainya.

Cara-cara

  • Goreng tempe dan tahu (lumur dengan serbuk kunyit sikit je) sehingga agak garing. Hiris tahu selepas digoreng. Ketepikan
  • Goreng kacang tanah sehingga betul-betul masak). Kisar sehingga agak halus. Ketepikan dahulu
  • Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  • Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  • Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  • Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  • Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air suam (Air bergantung kepada kepekatan kuah yang diinginkan. Tapi, kalau cair, sangat nanti rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  • Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  • Jika mahu makan stail jawa, gaulkan semua ulaman bersama tempe dan tahu dahulu. Kemudian siram kuah pecal ke atasnya. Dah boleh makan.
Nota : Sesuai untuk 4-6 orang.

.

Tuesday, February 10, 2009

RESEPI : Nasi Ambeng Stail Jawa


Tentu ramai yang tak tahu apa itu 'nasi ambeng'. Ini adalah merupakan makanan tradisi masyarakat jawa yang kian pupus. Banyak juga bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan satu hidangan 'nasi ambeng' yang sempurna. Saya cuba masukkan dalam entri kali ini mengikut kefahaman saya. Kepada kawan-kawan yang lebih arif dan berpengalaman, harap-harap jangan kutuk dah la...
'Nasi Ambeng' ni biasanya dihidangkan semasa kenduri. Waktu makan, para jemputan hanya jamah sedikit sahaja, kemudiannya akan membungkus untuk dibawa pulang. Tuan rumah akan menyediakan daun pisang, kertas surat khabar dan tali setiap seorang. Dalam satu talam, hidangan dibahagi kepada 4 bahagian.

Bahan wajib untuk 4 orang:
1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin
3. Mee goreng
4. Serunding kelapa
5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
6. Sambal tempe
7. Talam
8. Daun pisang

Saya perturunkan juga beberapa resepi mudah untuk bahan di atas. Selamat mencuba.

Mee goreng Jawa
Bahan :
Mee kuning 2 paket
Taugeh 50 sen
Bahan untuk di mesin
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1.5 biji buah keras
kicap mee 4 sudu ( agak2)
lada kering 2sudu
1 sdb lada hitam
1 sdb udang kering
letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)

Caranya:
Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.
Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

Serunding kelapa
Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

Caranya:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.

Yang lain-lain tu korang pun pandai masak kan...so, tak payah la saya tambah kat sini.




Wednesday, December 24, 2008

Harga Minyak Vs Harga Barang

Salam,
Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog kami yang serba kekurangan ini.
Sejak beberapa minggu ni, banyak cerita kurang enak kedengaran pasal penurunan harga minyak dipasaran dunia dan kerajaan kita juga telah 7 kali menurunkan harga minyak. Tetapi, haraga barang masih lagi tinggi dan tak turun-turun.
Namun realitinya, kenaikan mendadak tempohari telah mengakibatkan ledakan harga runcit semua jenis komoditi dipasaran. Mungkin ini menjadi punca kejatuhan ekonomi di masa depan.
Banyak juga SMS diterima dari pelanggan setia dan rakan-rakan membincangkan kesan ekonomi terhadap kehidupan seharian kami. Ramai juga yang tidak berpuashati dengan pelan tindakan kerajaan yang tidak memantau secara keseluruhan paten harga barangan serta monopoli para pembekal terhadap sesuatu barangan.
Sebagai contoh, kilang kami bergantung kepada bahan mentah yang diimport. Kenaikan mendadak harga bahan mentah tidak membolehkan kami menaikkan harga barang kami kerana suasana pasaran dan kuasa membeli sudah berkurangan berbanding dulu. Kos pengangkutan juga telah naik sekitar 30% walaupun harga minyak diturunkan. Alasan kos selenggara yang telah naik serta kenaikan gaji memang tidak dapat dielakkan dan amat munasabah sekarang ini.
Oleh itu, bila melihat keadaan ekonomi yang semakin gawat dengan berita pemberhentian pekerja sektor tertentu akan mengakibatkan kuasa membeli akan terus menurun dan perniagaan peruncitan semakin lembab.
Dalam situasi sekarang, orang awam akan menyalahkan peruncit kerana harga yang semakin mahal padahal harga minyak dah turun. Realitinya, pemborong atau orang tengah secara senyap-senyap mengambil kesempatan mencari untung berlebihan melalui cara yang tidak beretika. Akhirnya, pengeluar atau pengilang yang dipertanggungjawabkan. Pening juga.....

Thursday, October 16, 2008

Rakan Kongsi - Ejen Pemasaran

Salam,

Sedar tak sedar dah 16 hari kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini. Alhamdulillah, raya tahun ni banyak jemputan rumah terbuka diterima. Terima kasih kepada yang menjemput dan mohon maaf bebanyak jika ada jemputan yang tak dapat dipenuhi. mungkin terlupa atau atas alasan berpuasa.

Sejak saya iklankan posting berkenaan iklan rakan kongsi, ramai yang menghubungi saya untuk penjelasan. Terima kasih kepada yang berminat.

Namun, amat mendukacitakan bila saya explain yang produk saya ni cuma tempe dan tapai ramai yang mengeluh, ketawa dan tak berpuashati. Mengapa???

Saya tak la risau sangat sebab dah biasa berdepan dengan situasi begini. Kena 'kencing' pun dah banyak kali. Niat saya cuma nak meluaskan rangkaian perniagaan dan melahirkan jaringan usahawan dikalangan orang kita. Tapi, entah la....

Kepada yang berminat tapi belum faham konsep rakan kongsi, biar saya terangkan di blog ini.

1. Ambil produk di kilang.
2. Catitan perlu dibuat semasa stok diambil keluar dari kilang.
3. Hantar kepada pelanggan mengikut tempahan yang dipersetujui.
4. Kutip duit hasil jualan dari pelanggan.
5. Bayar kepada saya harga pokok.

Saya jual produk saya mengikut harga pokok. Terpulang kepada anda untuk jual berapa harga pun kepada pelanggan asalkan tidak melebihi harga maksimum.

Nota: harga maksimum mengikut harga pasaran di pasar besar.

Syarat mudah untuk melayakkan anda BERJAYA mengalahkan fikiran negatif mengenai peluang ini:

1. Boleh bangun awal pagi
2. Sanggup menjual barang
3. Komitmen tinggi terhadap pelanggan
4. Rajin berusaha
5. Mahu menjadi usahawan satu hari nanti


Komisen yang ditawarkan ialah 40% (bergantung kepada cara anda menjual). Yang bagusnya, anda boleh dapat duit cash hari-hari.

Tiada kejayaan tanpa usaha. Percayalah...
.

Tuesday, September 16, 2008

Tempahan Di Tutup

Salam semua,

Dengan ini dimaklumkan bahawa tempahan untuk semua jenis biskut dan kerepek untuk raya tahun ni telah DITUTUP dengan rasminya (kilang dah tak mampu buat lagi dahh...).

Alhamdulillah, tempahan untuk tahun ni sangatlah memberangsangkan. Nak hantar pulak la lepas nih... apapun, puashati sebab jualan melebihi dari yang dijangka. Terima kasih kepada yang sudi menempah dari kami terutama yang selalu order tu ya...

Memang ramai yang tanya kenapa harga mahal ???? jawapannya senang je. Kami tak guna majerin la..kami guna butter/mentega. Sebab tu rasanya tak berubah dan mustahil customer tahun lepas order lagi kann...

Takpe la... tahun depan boleh order lagi... sabo je la...

p/s : tempahan untuk tempe dan tapai hanya untuk majlis 'open house' atau kenduri saja diterima. itupun lepas raya ke 5 je tau...

...bob, kerepek ko tu siap lepas raya tau... 2-3 hari sebelum kenduri la...

terima kasih daun keladi...
.

Monday, August 25, 2008

Pelbagai Biskut Raya Sedia Untuk Ditempah

Salam semua,

Raya tahun 2008 agak sibuk dengan pelbagai projek untuk tambah pendapatan keluarga. Banyak juga pertanyaan dari teman-teman sepejabat dan sekolej yang tanya, tahun ni tak jual kuih raya ke?

Alamak.... baru teringat nak ambil sampel kuih kat kampung.

Ni biskut 'almond coffee'
RM16/50pcs







Biskut tart nenas
RM18/50pcs







Biskut 'brown chip'
RM16/50pcs





Cashewnut chip
RM16/50pcs








Yang ni ialah 'sponge orange muffin' khas untuk open house atau gathering.
RM1.10/pc (min. order 50pcs)




Biskut Arab ni favourite anak aku. Memang kuih tradisi gak la ni.
RM18/50pcs


Yang ni semua orang kenal. 'Almond London'
Rm18/50pcs
Tahun ada kelainan sikit sebab dah boleh buat iklan online. So, kepada rakan-rakan yang suddi surf website ni, sudi-sudi la tengok mana yang berkenan dihati. Biskut lain pun ada.
p/s : Kos poslaju ialah RM10 - RM30 bergantung kepada kuantiti dan lokasi.

.

Thursday, July 17, 2008

Resepi - Kek Zebra Tapai Ubi

Bahan :
250gram tepung sponge cake perisa vanilla
65ml water5 bijik telur
65ml minyak mazola atau minyak masak lainnya
200gram tapai ubi (lagi baguih if tapainya manis) lenyek halus ngan sudu,buang seratnya

Cara-cara :
Pukul tepung sponge cake + air+ telur dengan laju sedikit hingga kental dan pekat. Adunan ok bila whisk diangkat adunan agak pekat atau macam berat sangat nak jatuh kebawah.

Masukan minyak masak dan kaup balik dengan spatula besar.

Ambil kira-kira 10 sudu makan adunan, pisahkan dalam mangkuk yg lain dan tambah sedikit chocolate paste (adunan A)

Masukkan tapai ubi ke dalam lebihan adunan tadi yang telah di lenyek halus, kaup balik dengan spatula sehingga sebati (adunan B)

Tambah secara selang seli adunan A dan B dalam loyang.

Bakar dengan suhu 170C selama 30 minit

selamat mencuba.
Posted by loveliana,Kuala Lumpur.Malaysia

Tuesday, July 15, 2008

Adab sebelum, ketika dan selepas makan mengikut Islam

BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar me reka berwaspada dengannya.Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menye naraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga:

1. Memastikan makanan daripada sumber halal.

2. Membersihkan tangan.

3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.

4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.

5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah.

6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan ber syukur.

7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi ber sama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Imam al-Ghazali juga menyenaraikan adab ketika makan yang perlu dijaga agar makanan itu diberkati oleh Allah.

1. Mulakan dengan bismillah dan doa.

2. Makan dengan tangan kanan.

3. Mengunyah dengan baik.

4. Jangan dicaci sebarang makanan.

5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.

6. Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.

7. Jangan makan secara berlebihan.

8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu.

Berhubung dengan adab selepas makan, Imam al-Ghazali memberikan beberapa panduan.

1. Berhenti makan sebelum kenyang.

2. Menjilat jari.

3. Membasuh tangan.

4. Berdoa.

5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.

6. Banyak bersyukur kepada Allah.

7. Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pada makanan.

Thursday, July 10, 2008

Loughborough University Research Finds Tempe Linked to better Memory

People who eat high levels of some soy products, including tofu and other so-called ‘superfoods’, may be at an increased risk of memory loss.

Scientists from the Universities of Loughborough and Oxford, funded by the Alzheimer’s Research Trust, worked with Indonesian colleagues to investigate the effects of high soy consumption in 719 elderly Indonesians living in urban and rural regions of Java.

The researchers’ findings, to be published in ‘Dementias and Geriatric Cognitive Disorders’ later this month, include evidence that a high consumption of tofu is associated with worsening memory, particularly among people aged 68 or older.

Lead researcher, Professor Eef Hogervorst of Loughborough University said: “Soy consumption is on the increase in the West and is often promoted as a ‘superfood’. Soy products are rich in micronutrients called phytoestrogens, but it is not entirely clear what their effect on the aging brain is.

“They have similar effects to oestrogen which may offer neuroprotection to the middle-aged and young but not to over 65s for whom it could heighten risk of dementia and lower memory function.”

Intriguingly, the researchers also found that consuming tempe, a fermented soy product made from whole soy bean, is associated with better memory.Professor Hogervorst said the beneficial effect of tempe might be related to its high levels of folate, which is known to reduce dementia risk.

More....

Friday, June 13, 2008

Recipe - Banana Pancake


Ingredients
4 banana (embun) mashed
4 cups rice flour
1 tbsp tapai pulut
Coconut water from 1 coconut
1 coconut, grated
Sugar and salt to taste

Methods
Use the coconut water to make santan with the grated coconut.

Mix well flour, mashed bananas, tapai and santan and leave to rise. Then mix in the sugar and salt.

Heat pan or kuali, and drop a teaspoon of margarine or butter into it.

Place a ladle of the mixture. Cover to allow batter to turn golden brown and flip pancake for the other side to cook.

Saturday, May 24, 2008

Resepi - Masalodeh Rangup



Bahan-Bahan:

1 kg kacang dal

15 tangkai cili kering

10 ulas bawang merah

2 ulas bawang puteh1 cm halia

sedikit jintan puteh

sedikit belacan

sedikit air

sedikit garam

sedikit serbuk perasa ajinomoto

Daun Kari Minyak untuk menggoreng


Bahan A :Kacang dal direndam semalaman. Toskan kan. Kisarkan hingga hancur.


Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia,jintan puteh dan belacan dikisar dengan sidikit air. Masukan garam dan serbuk perasa.


Bahan C: daun kari dicincang halus, mayang bawang merah

Cara:

Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati. Masukkan daun kari yang dipotong nipis-nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati. Kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.....

Monday, February 25, 2008

Resepi - Tapai Ubi Goreng


Bahan-bahan:

Tapai ubi

Tepung goreng Adabi

Tepung Gandum

Sedikit garam & gula

Air

Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1) Campur 2 bahagian tepung goreng Adabi dengan 1 bahagian tepung gandum.

2) Masukkan sedikit gula dan garam.

3) Bancuh campuran tepung dengan air sehingga menjadi bater yang pekat seperti membuat pankek.

4) Panaskan minyak yang banyak. Celup tapai ubi kedalam bater dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan seperti menggoreng pisang. Angkat dan hidangkan panas dengan susu krimer pekat manis atau sos custard.

Resipi - Tempe Goreng Berempah


5 keping tempe dibelah dua atau di hiris kecil,
1 sudu serbuk kari daging,
1 sudu serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, sedikit perasa, garam secukup rasa.
2 sudu besar tepung jagung.

Bahan-bahan tadi hendaklah digaul mesra bersama tempe tadi dan kemudian pecahkan sebutir telur dan celupkan tempe tadi ke dalam bancuhan telur.

Lepas itu goreng hingga garing.

p/s : sedap kalau dicicah bersama mayonis.


Resepi - Kek Tapai




KEK Tapai

Bahan:
300g tapai ubi - buangkan empulur
6 biji kuning telur
4 biji putih telur
200g gula pasir halus/kastor
1/2 sudu teh serbuk vanilla
150g mentega - dicairkan
100g keju cheddar - parut
Ayak:
175g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
25g susu tepung

Siapkan loyang berlubang tengah diameter 20cm. Sapu butter dan tabur dengan sedikit tepung. Lenyekkan (hancurkan) tapai ubi dengan garfu, ketepikan. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk vanillin dan tapai lenyek sedikit demi sedikit sambil dipukul rata. Kemudian masukkan tepung, gaul rata. Tuang mentega cair dan gaul rata. Tambahkan 75g keju cheddar parut, gaul rata. Tuang adunan ke dalam loyang, ratakan. Taburkan lebihan keju. Bakar dalam suhu 160 deg C selama 45 minit hingga kek masak. Angkat dan sejukkan. Keluarkan kek dari loyang. Hidangkan.