- Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
- Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
- Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
- Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
- Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan air batu sangat tidak digalakkan.
- Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
- Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
- Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
- Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi.
- Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
- Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..
Ketua Polis KL Puji Peserta BERSIH 4.0
-
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4.0
yang berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke
Dataran...
9 years ago
No comments:
Post a Comment