Pages

Tuesday, December 22, 2009

Produk Jejari Tempe Kini Ke Pasar Raya


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini tempe dijadikan keropok dan naget, kini produk baru berasaskan makanan tradisi masyarakat Melayu itu mula dikomersialkan sebagai jejari tempe.

‘Tempe Stick’ yang dikeluarkan syarikat Bumiputera, Sure Good Products Sdn Bhd, dihasilkan berikutan kesan kegawatan ekonomi dan persaingan daripada pembuat tempe asing.

Pengurusnya, Noor Azmi Dali, berkata produk itu dipromosikan syarikatnya sejak dua tahun lalu di seluruh negara dan akan berada di pasar raya hiper Tesco, Giant dan Econsave, dua bulan lagi.

Sebelum ini, pihaknya menjadi pengeluar dan pengedar Tempe Kajang di pasar borong sekitar Lembah Klang sejak 10 tahun lalu.

“Ia dikeluarkan hasil kajian suami, Drs Ab Syukur Md Razali dan dua doktor lain dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Jabatan Pertanian.

Sebagaimana diketahui ramai, tempe mempunyai banyak khasiat. Biasanya tempe cuma bertahan tiga hari. Untuk memastikan produk ini bertahan lama sehingga satu atau dua tahun, kami menghasilkan jejari tempe,” katanya yang ditemui di Dewan 2, karnival Fabulous Food 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.


p/s : Tahniah kerana berjaya menghasilkan inovasi dan variasi produk berasaskan tempe.



Friday, December 4, 2009

Bila Artis Pun Berniaga Produk Tradisional

Salam semua pembaca,

Terpanggil kali ni nak menulis pasal bisnes produk makanan tradisi. Memang rasa bangga juga bila masih ramai orang yang prihatin dan mengambil tahu perihal produk-produk tradisi terutamanya makanan. Itu sebab bila orang tanya mengapa memilih produk tradisi seperti tempe, tapai dan acar untuk dijadikan 'killer produk', saya cuma jawab "nak kekalkan tradisi untuk anak cucu".


Coretan kali ini sebenarnya lebih kepada para artis yang kini aktif berniaga. Memang bangga juga apabila 2-3 orang artis tanahair berkecimpung secara serius dalam bisnes yang orang boleh kata remeh dan takde standard langsung.

Melihat kepada Ezani yang memasarkan produk belacan dari Perlis dan sekarang ni beliau betul-betul cari makan dengan bisnes ini. Macam tak percaya je masa mula-mula dia perkenalkan produk keluaran syarikatnya. Sekarang ni, kalau nak cari produk beliau, cari la kat Tesco, Mydin & Giant.


Kemudian timbul pula pelakon Zul Yahya, hero drama "Pepaya" buat bisnes ikan pekasam. Hmm.... nampak janggal kan, tapi kerana kesungguhan dan semangat berniaga buat muka tebal je la kot. Janji bisnes boleh jalan dan buat duit. Tapi tak tau la setakat mana hasilnya sebab kurangnya berita pasal kehidupan peribadi beliau.


Yang terbaru, Que Haidar buat bisnes ikan masin. Betul ke ?? Hah.. terkejut juga macam tak percaya. Maklum la, depa ni semua dah la hensem, berduit pulak tu.

Selalu juga kita terbaca yang para artis ni berniaga pasar ramadhan. Antaranya Black Mentor dan Rosnah Mat aris. Dan ramai juga yang buka restoran seperti Amy Search dan Linda Onn.


Mungkinkah populariti menjadi salah satu aset perniagaan? Mungkin juga kerana mereka ni dapat 'coverage' percuma dalam ruangan hiburan samada di majalah atau akhbar. Promosi 'free' sebegini memang susah kalau usahawan macam kita nak dapat melainkan kena melabur duit buat iklan le.

Macamanapun, bagus juga sebilangan artis ni buat bisnes produk tradisi supaya ianya terus dipromosikan oleh media. Sekurang-kurangnya, anak cucu kita 'aware' akan keujudan makan tradisi selain 'fast food' yang hampir saban hari mereka hadap.

Apa akan jadi 10 atau 20 tahun akan datang. Ujud lagi ke produk-produk tradisi ni? Sendiri mau ingat la....

Monday, November 2, 2009

TERIMA KASIH : Ramai Orang Tolong Promote bazaar@maeps

Siapa kata bazaar@maeps yang terletak di Serdang ni takde promosi.....

Setakat yang penulis jumpa, ramai dikalangan bloggers, forumer dan website persendirian serta organisasi telah secara langsung dan tak langsung mempromosikan bazaar@maeps.

Yang lebih terharu, para peniaga sendiri bersungguh-sungguh membuat promosi produk dan gerai mereka di bazaar@maeps. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua.

Note : Saya mohon izin untuk memaparkan link website dan blog yang menceritakan pasal bazaar@maeps.

1. http://smolniaga.blogspot.com/2009/07/bazaar-maeps.html
2. http://www.charabeb.blogspot.com
3. http://www.peroduavivaclub.com/index.php?topic=8497.0

4. http://www.ehoza.com/v4/forum/misc-business/31274-bazaars-maeps.html
5.
http://www.putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2598.0
6. http://ceritasemasa.blogspot.com/2009/10/500-peniaga-bazaarmaeps-dapat-permit.html
7.
http://www.sumijelly.com/2009/07/16/ibuaz-shoppe-at-bazaarmaeps/
8.
http://www.kerjamudah.freeforums.org/bazaar-maeps-t23.html
9. http://jambuauraspecial.blogspot.com/2009/07/minggu-ke5.html
10. http://www.sinar.fm/oap/infozone_v2/sinar/eventdetail.asp?event_id=19809
11. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/MetroPlus/20091009133005/Article/index_html
12. http://www.facebook.com/topic.php?uid=95460043056&topic=11162

dan banyak lagi........ TERIMA KASIH SEMUANYA...

Blog tempevstapaiubi juga terkena tempiasnya, bila sebahagian pencari tersesat jumpa blog ni untuk dapatkan info pasal bazaar@maeps.



Friday, October 23, 2009

Tempe Vs Tapai Ubi Masuk Majalah Jutawan

Tahniah kepada tempevstapaiubi.
Nampaknya usaha selama ini mengusahakan perusahaan produk makanan mula menampakkan hasil dan pengiktirafan.

Majalah edisi Oktober 2009 keluaran DAS Publishing yang diterajui oleh Dato' Stapa, orang kuat Koperasi DCL Malaysia Berhad memaparkan aktiviti usahawan Bumiputera seluruh negara.

Terima kasih kami ucapkan kepada Dato' Stapa kerana sudi membuat liputan di kilang kami. Sesungguhnya kami berdoa agar usaha Dato' dan krew semua mendapat keberkatan.

Di mukasurat 51, gambar pengusaha gigih terpampang bangga menunjukkan hasil usaha beliau.

Begini caranya. Mungkin itulah kata-kata salah seorang pekerja Sofaz Freshmart.


Cerita lanjut boleh dibaca di dalam Majalah Jutawan edisi Oktober 2009. Boleh diperolehi di pasaran dengan harga RM8.90 sahaja. Banyak informasi dan panduan berguna di dalamnya. Memang tak rugi membelinya.

Semoga tempevstapaiubi terus mendapat liputan sebagai sebahagian dari promosi syarikat dan memperoleh kejayaan yang lebih besar. Insya-ALLAH.

.

Monday, October 5, 2009

500 Peniaga bazaar@maeps Dapat Permit

SERDANG: Tanda tanya status lebih 500 peniaga di Bazaar@maeps di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini, terlerai apabila Taman Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS) memberikan permit perniagaan kekal kepada mereka, semalam.

Difahamkan, sebelum ini, kebanyakan peniaga risau kerana tapak perniagaan yang diberikan pihak berkenaan tidak diketahui status perniagaan mereka sama ada sah ataupun sebaliknya.

Yang Dipertua Persatuan Idea dan Usahaniaga (MEIAS), Ahmad Safawi Taharim, berkata pemberian permit berniaga itu menyelesaikan tanda tanya khususnya mengenai bazar hujung minggu itu.

“Melalui permit yang diberikan itu status kami sebagai peniaga sah terjawab, malah peniaga juga tidak perlu bimbang mengenai tindakan kuat kuasa yang bakal diambil selepas ini.

“Sebelum ini kami risau kerana menjalankan perniagaan hanya menggunakan permit sementara saja,” katanya selepas menyerahkan permit itu kepada ahli persatuan yang juga peniaga di tapak berkenaan, semalam.

Katanya, pasar itu mula dibuka Jun lalu oleh MAEPS dan ia boleh menempatkan 700 peniaga serta mampu menjadi destinasi pilihan warga kota membeli-belah khususnya makanan, minuman, kosmetik selain lelongan barangan peribadi dan antik.

Beliau berkata, Bazaar@maeps sebenarnya, tidak seperti pasar atau bazar yang diwujudkan atau diuruskan pihak swasta lain kerana hanya mengenakan kos minimum RM100 sebagai yuran pendaftaran dan RM8 untuk sehari untuk kos tapak dan penyelenggaraan surau, sampah, air dan elektrik serta promosi.