Pages

Showing posts with label carbootsales. Show all posts
Showing posts with label carbootsales. Show all posts

Monday, November 2, 2009

TERIMA KASIH : Ramai Orang Tolong Promote bazaar@maeps

Siapa kata bazaar@maeps yang terletak di Serdang ni takde promosi.....

Setakat yang penulis jumpa, ramai dikalangan bloggers, forumer dan website persendirian serta organisasi telah secara langsung dan tak langsung mempromosikan bazaar@maeps.

Yang lebih terharu, para peniaga sendiri bersungguh-sungguh membuat promosi produk dan gerai mereka di bazaar@maeps. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua.

Note : Saya mohon izin untuk memaparkan link website dan blog yang menceritakan pasal bazaar@maeps.

1. http://smolniaga.blogspot.com/2009/07/bazaar-maeps.html
2. http://www.charabeb.blogspot.com
3. http://www.peroduavivaclub.com/index.php?topic=8497.0

4. http://www.ehoza.com/v4/forum/misc-business/31274-bazaars-maeps.html
5.
http://www.putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2598.0
6. http://ceritasemasa.blogspot.com/2009/10/500-peniaga-bazaarmaeps-dapat-permit.html
7.
http://www.sumijelly.com/2009/07/16/ibuaz-shoppe-at-bazaarmaeps/
8.
http://www.kerjamudah.freeforums.org/bazaar-maeps-t23.html
9. http://jambuauraspecial.blogspot.com/2009/07/minggu-ke5.html
10. http://www.sinar.fm/oap/infozone_v2/sinar/eventdetail.asp?event_id=19809
11. http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/MetroPlus/20091009133005/Article/index_html
12. http://www.facebook.com/topic.php?uid=95460043056&topic=11162

dan banyak lagi........ TERIMA KASIH SEMUANYA...

Blog tempevstapaiubi juga terkena tempiasnya, bila sebahagian pencari tersesat jumpa blog ni untuk dapatkan info pasal bazaar@maeps.



Tuesday, September 15, 2009

Bazaar@maeps Bercuti Selama 3 Minggu


Ramadhan telah hampir meninggalkan kita dan Syawal yang amat dinantikan bakal tiba.

Setelah berniaga selama 4 minggu di bulan Ramadhan, para peniaga bazaar@maeps diberi cuti selama 3 minggu bersempena kehadiran Aidilfitri.

Bazaar@maeps akan dibuka semula pada 3 Oktober 2009.

Kepada semua pembaca blog ini, saya dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita berkenalan.

Boleh jumpa kami di bazaar@maeps, Serdang Lot # 143 nanti ya.

Salam alaik.

Monday, July 20, 2009

bazaar@maeps Dalam Utusan Malaysia 18 Julai 2009



FLEA MARKET & CARBOOTSALES TERBESAR


SERDANG 17 Julai - Berpegang kepada konsep 'semua orang boleh menjual dan membeli', Bazaar@Maeps adalah tapak terbaik buat semua orang yang ingin memulakan perniagaan.
Ini terutamanya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan tumpuan diberikan kepada golongan bumiputera yang ingin menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara mudah.
Bazaar@Maeps adalah usaha niaga berkonsep pasar malam dan car boot sale atau pasar terbuka terbesar di negara ini yang dijalankan di pintu masuk 2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini.


Dianjurkan oleh Persatuan Idea dan Usahaniaga Malaysia (MEIAS) dengan kerjasama Maeps Management Sdn. Bhd, ia diadakan setiap hari Sabtu bermula pukul 3 petang hingga 10 malam.
Difahamkan 70 peratus peniaga adalah pekerja swasta dan kerajaan yang menjadikan perniagaan sebagai aktiviti sampingan selepas bekerja, secara tidak langsung menjadikan Bazar@Maeps adalah peluang dan tempat perniagaan, khusus kepada warga yang bekerja.

Tinjauan Utusan Malaysia di tapak berkenaan baru-baru ini mendapati terdapat kira-kira 300 gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan dan minuman, aksesori, kosmetik, pakaian, haiwan dan pelbagai barangan am.


Di samping itu, ia turut menyediakan tapak bagi car boot sale yang membolehkan pengunjung membeli barangan terpakai, barangan antik, barangan elektronik dan barangan unik yang sukar ditemui di kebanyakan tempat.
Yang Dipertua, MEIAS, Ahmad Safawi Taharim berkata, Bazaar@Maeps tidak seperti pasar atau bazar yang diwujudkan atau diuruskan oleh pihak swasta lain yang hanya mementingkan keuntungan bagi pihak penganjur dengan mengenakan bayaran tinggi kepada peniaga sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang dengan alasan terpaksa menanggung kos yuran dan sewa yang tinggi.


Katanya, apabila harga barang yang tinggi dikenakan, pastinya pengunjung pasar berkenaan akan berkurangan dan lebih berminat memilih untuk membeli di pasar raya besar dan ini memberi kesan buruk kepada peniaga itu sendiri.


Sehubungan itu, Bazaar@Maeps yang diuruskan oleh MEIAS ini akan mementingkan dan mengenengahkan konsep 'semua orang boleh membeli dan menjual' iaitu peniaga boleh berniaga dan pembeli mampu membeli.

"Situasi menang-menang ini juga akan memberi kesan dan impak yang baik kepada pihak pengurusan Taman Ekspo Pertanian Malaysia sebagai tempat dan tapak penganjuran acara yang mempunyai kemudahan yang terbaik dan apa yang penting Bazaar@Maeps adalah bazar yang mesra pengguna, pengunjung dan peniaga," ujarnya ketika ditemui di tapak berkenaan baru-baru ini.


Menurut Ahmad Safawi, objektif penganjuran bazar ini adalah untuk menggalakkan bumiputera menceburi perniagaan kecil dengan kos permulaan yang rendah.

Dengan adanya bazar seperti ini diharapkan akan memberi peluang kepada peniaga membentuk dan membangunkan minda yang cemerlang dalam dunia perniagaan dan keusahawanan.

Ia juga dapat menjadi tempat berhimpun bagi peniaga dan usahawan kecil untuk menjual produk keluaran mereka terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah dan menjadi tempat buat pengguna untuk membeli barangan dengan kadar murah dan memuaskan.
Tidak hanya menyediakan tapak perniagaan, di Bazaar@Maeps pengunjung boleh memenuhi masa lapang dengan menonton wayang pacak, beriadah di taman pertanian, berkaraoke, menyaksikan perlumbaan kereta, bermain layang-layang serta berpeluang melihat karnival jualan produk perusahaan kecil dan sederhana secara lelongan.

Pemilihan tapak di Maeps dilihat amat strategik memandangkan terdapat pelbagai kemudahan awam seperti tempat letak kereta yang luas, tandas awam, kemudahan pengangkutan dalaman yang canggih dan kawasan riadah.


Dengan berkunjung ke bazar ini juga secara tidak langsung memberi nilai tambah dalam aktiviti berkeluarga iaitu pengunjung bukan hanya datang untuk membeli-belah tetapi pada masa sama dapat melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
.

Friday, June 26, 2009

Pelancaran bazaar@maeps (Flea Market & CarBootSales) Di Tapak MAHA Serdang

Image Hosting by Picoodle.com

Persatuan Idea & Usahaniaga Malaysia (MEIAS) dengan kerjasama Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) akan menganjurkan bazaar@maeps yang berkonsepkan 'Flea Market & CarBootSales' terbesar di tapak MAHA Serdang.

Lokasi : Tapak MAHA, Serdang
Hari : Setiap Sabtu
Masa : 3.00 petang - 10.00 malam

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan karnival yang julung kali diadakan bagi memenuhi kalendar acara di MAEPS itu.

Penyertaan dari lebih 200 peniaga baru akan memeriahkan lagi acara ini.

Pihak MAEPS juga akan menganjurkan acara 'Drift Challenge' dan Pertandingan Memancing pada 27 Jun 2009.

Semoga karnival ini akan memeriahkan lagi tapak MAHA yang sebelum ini hanya aktif sewaktu MAHA sahaja.