Pages

Showing posts with label tapai pulut. Show all posts
Showing posts with label tapai pulut. Show all posts

Monday, September 13, 2010

Tapai Pulut Kini Ada Variasi Perisa Pandan dan Ros Pula


PADA zaman dahulu banyak pantang larang yang perlu dipatuhi dalam proses pembuatan pencuci mulut, tapai. Antaranya si pembuat tidak boleh makan sirih atau mendekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna merah.
Mengikut kepercayaan, jika pantang larang itu diingkari, tapai yang berwarna putih itu akan berubah warnanya menjadi merah dan rasanya kurang enak.
Kepercayaan itu juga termasuklah si pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang masam ketika membungkus kerana ia akan menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.
Hari ini, tapai yang dianggap sebagai makanan tradisional bukan hanya dihidangkan pada majlis-majlis keraian di kampung-kampung bahkan ia juga dihidangkan di kebanyakan hotel bertaraf lima bintang.
Perniagaan tapai pulut Sarimah misalnya, turut mematuhi beberapa banyak pantang larang ketika proses pembuatan tapai.
Tampil dengan slogan iaitu ‘Anda Akan Menjadi Penggemar Sejati’, tapai pulut Sarimah menawarkan tiga perisa tapai yang berbeza. Tapai yang terbahagi kepada tiga jenis perisa itu terdiri daripada perisa pandan dengan pembalutnya berwarna hijau, perisa ros berwarna merah dan warna semula jadi untuk perisa asli.
“Idea untuk menghasilkan tapai tiga perisa ini adalah hasil perbincangan bersama isteri, Sarimah Rashid, 38, yang mahukan kelainan berbanding tapai-tapai yang sedia ada di pasaran,” kata pemilik perusahaan dan pengawetan tapai pulut Sarimah, Abdul Aziz Jais, 52, ketika ditemui baru-baru ini.

Wednesday, July 7, 2010

PENGUMUMAN : Senarai Harga Terbaru Produk Sofaz Freshmart

** DAPATKAN HARGA TERBARU DI www.tempe.com.my **

Berikutan dengan pasaran harga komoditi bahan mentah yang tidak stabil, Sofaz Freshmart telah meneliti keseluruhan harga kesemua produk keluaran mereka berkuatkuasa 1 Julai 2013.

Kami berharap agar dengan perubahan harga tersebut tidak akan menjejaskan pasaran dan permintaan. Perubahan ini dibuat atas dasar untuk menampung kos operasi yang semakin naik serta harga bahan mentah di pasaran semasa.


SENARAI HARGA - 1 JULAI 2013

Tapai Ubi
Harga Pasaran : RM3.00

Harga Runcit : RM2.70 (melebihi 100 unit)
Harga Borong : RM2.60 (melebihi 250 unit)**
Saiz : Bekas plastik saiz 16oz


Tapai Pulut

Harga Pasaran : RM1.20
Harga Runcit : RM0.90 (melebihi 50 unit)
Harga Borong : RM0.60 (melebihi 250 unit)**
Saiz : Bekas plastik 10oz


Tempe - Segar
Harga Pasaran : RM1.30

Harga Runcit : RM0.90 (melebihi 50 unit)
Harga Borong : RM0.70 (melebihi 300 unit)**
Saiz : Plastik 4" x 6"

Tempe - Sambal Goreng (100 gram)
Harga Pasaran : RM1.90
Harga Runcit : RM1.70 (melebihi 50 unit)
Harga Borong : RM1.50 (melebihi 200 unit)**
Saiz : bekas plastik 12oz


Jeli Kelapa
Harga Pasaran : RM1.50
Harga Runcit : RM1.30 (melebihi 120 unit)
Harga Borong : RM.75 (melebihi 300 unit)**
Saiz : bekas plastik 12oz



Cookies
  1. Tart Nenas RM18.00 / 50pcs
  2. Cornflakes Pedas bermadu RM19.00 / kg
  3. Rempeyek kacang tanah RM23.00 / kg
Nota : Harga bergantung kepada pasaran semasa bahan mentah.

* harga tidak termasuk kos penghantaran
** harga borong adalah untuk ejen/pengedar sahaja

Friday, October 23, 2009

Tempe Vs Tapai Ubi Masuk Majalah Jutawan

Tahniah kepada tempevstapaiubi.
Nampaknya usaha selama ini mengusahakan perusahaan produk makanan mula menampakkan hasil dan pengiktirafan.

Majalah edisi Oktober 2009 keluaran DAS Publishing yang diterajui oleh Dato' Stapa, orang kuat Koperasi DCL Malaysia Berhad memaparkan aktiviti usahawan Bumiputera seluruh negara.

Terima kasih kami ucapkan kepada Dato' Stapa kerana sudi membuat liputan di kilang kami. Sesungguhnya kami berdoa agar usaha Dato' dan krew semua mendapat keberkatan.

Di mukasurat 51, gambar pengusaha gigih terpampang bangga menunjukkan hasil usaha beliau.

Begini caranya. Mungkin itulah kata-kata salah seorang pekerja Sofaz Freshmart.


Cerita lanjut boleh dibaca di dalam Majalah Jutawan edisi Oktober 2009. Boleh diperolehi di pasaran dengan harga RM8.90 sahaja. Banyak informasi dan panduan berguna di dalamnya. Memang tak rugi membelinya.

Semoga tempevstapaiubi terus mendapat liputan sebagai sebahagian dari promosi syarikat dan memperoleh kejayaan yang lebih besar. Insya-ALLAH.

.

Tuesday, March 24, 2009

Tapai Jadi Sumber Rezeki


ALOR STAR 13 Okt. - Tapai merupakan sejenis makanan tradisional popular di kalangan penduduk Malaysia sehinggakan makanan itu boleh didapati di hotel-hotel bertaraf lima bintang di negara ini.

Tidak semua orang dapat menghasilkan tapai yang manis kerana pembuatannya yang rumit dan penuh dengan 'pantang larang' perlu diikuti bagi menghasilkan tapai enak dan tidak masam.

Bagi seorang pengusaha tapai, Siti Fatimah Ahmad, 33, resipi membuat tapai yang diperoleh daripada ibu mertuanya sejak berumur 17 tahun sentiasa diikuti bagi memastikan tapai yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan.

"Saya berkahwin pada umur 17 tahun dan hanya bergantung kepada suami yang bekerja sebagai tukang rumah.

"Ibu mertua saya memang mahir membuat tapai dan saya terus belajar membuat tapai sehingga berjaya menghasilkan tapai yang manis," ujarnya ketika di temui di sini baru-baru ini.

Menurut Siti Fatimah, pada mulanya dia hanya menghasilkan 40 keping tapai dan dihantar ke kedai-kedai yang berhampiran rumahnya.

"Saya sungguh gembira apabila tapai yang dihantar habis di jual dan terus menambah bilangan tapai yang dibuat setiap hari.

"Kini jumlah tapai yang dijual setiap hari menjangkau sehingga 2 ribu bungkus dan selalunya habis dijual dalam tempoh yang singkat dan saya boleh mendapat keuntungan melebihi RM1,000," katanya.

Siti Fatimah memberitahu, antara bahan-bahan asas yang diperlukan untuk membuat tapai ialah pulut susu, sedikit gula, ragi dan daun pisang untuk membungkus pulut dan ragi berkenaan.

"Ketiga-tiga bahan ini (pulut susu, gula dan ragi) hendaklah dicampurkan sehingga sebati dan kemudiannya dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun pisang.

"Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam tempayan yang besar dan ditutup dengan kain dan setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai akan masak dan barulah boleh dimakan," jelasnya.

Ujarnya, tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai itu boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.

Kata Siti Fatimah, banyak 'pantang larang' yang perlu diikuti apabila hendak membuat tapai yang sedap dan manis.

Sebagai contoh, katanya, apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau dekat dengan benda-benda yang berwarna merah.

Jika pantang larang itu dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.

Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama. Tempoh masanya adalah lebih kurang dalam dua hari sahaja.

Kerana rasanya yang manis, biasanya ia sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.
_

Friday, June 13, 2008

Resepi : Tapai Pulut

bahan2..
1) beras pulut
2) ragi (kami ada jual ragi tapai)
3) air (guna air masak)

cara2..
1) rendam beras pulut..2-3 jam
2) masak air dalam kukusan sampai mendidih..kemudian mula kukus..utk alas beras guna jaring sesuai
3) angkat bila pulut dah naik wap..
4) ’arung’ pulut dengan air..utk 1 mangkuk beras guna lebih kurang setengah cawan air..cara arung..curah air skit-sikit atas pulut. Kemudian gaul sampai rata..tenyeh sikit dengan senduk supaya pulut jadi lembut….bila dah ‘arung’ boleh nampak pulut berkilat sedikit berbanding masa mula-mula angkat tadi
5) kukus pulut untuk kali kedua
6) angkat bila naik wap..kemudian sejukkan
7) sementara tunggu pulut sejuk bolehlah sediakan ragi.. guna pengayak untuk parut ragi jadi serbuk..untuk semangguk beras pulut guna lebih kurang 1 sudu teh serbuk ragi
8) tabur ragi dan gaul rata..pastikan pulut dah betul-betul sejuk
9) tuang pulut ke dalam bekas sesuai
10) bungkus bekas dengan kain gelap untuk pemeraman

Simpan selama 2 malam. Selamat mencuba.