Pages

Tuesday, March 2, 2010

Temui TempeVsTapaiubi di Facebook


Salam semua,

Sealiran dengan peralihan pilihan peminat internet, kami juga kini melangkah setapak lagi dengan mengaplikasikan laman sosial Facebook sebagai pemangkin dan penghubung.

Para peminat tempe dan tapai kini boleh berinteraksi secara mudah dan cepat melalui Facebook.
Pastikan anda klik link di bawah untuk bersama-sama bersosial sambil berkongsi ilmu.

http://www.facebook.com/pages/Tempe-Atau-Tapai/324596229447

JUMPA DI SANA YA .........

Monday, February 22, 2010

FAMA Selangor Sasar Peniaga Tani Guna Karavan Bertambah


SHAH ALAM, 22 Feb (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor mensasarkan peniaga pasar tani yang menggunakan karavan bertambah kepada 30 orang pada tahun ini daripada 10 sekarang.

Pengarah FAMA Selangor, Rohizad Ridzwan berkata dalam usaha membantu pihaknya akan membawa mereka berniaga ke pasar tani dan pasar malam di Lembah Klang.

Katanya, FAMA telah menjalin persefahaman dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya peniaga pasar tani diberi peluang untuk berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada setiap Sabtu malam.

"Selain itu, peniaga karavan ini akan juga dibawa berniaga di pasar-pasar tani seperti di Putrajaya dan Taman Melawati," katanya kepada BERNAMA.

Karavan ialah lori satu tan yang diubah suai dan mempunyai bumbung dan rak peragaan barangan jualan serta dindingnya boleh dijadikan papan iklan untuk menarik pelanggan.

Berniaga dengan menggunakan karavan sejak 2008, Ahmad Tarmizi Khalid, 52, berkata beliau mendapati bahawa cara demikian amat sesuai kerana tidak perlu punggah memunggah barangan jualan yang sudah teratur.

Menurut Ahmad, dengan menggunakan karavan beliau boleh memasarkan produk-produk jualannya sehingga ke tempat yang lebih jauh, termasuk Perak.

Manakala, peniaga karavan tunggal wanita, Kamariah Said, 38, pula berkata sebenarnya tidak banyak halangan untuk berniaga kuih-muih tradisional asalkan mereka memiliki lesen GDL (Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang).

Monday, January 18, 2010

Kedai Runcit Masih Relevan di Malaysia


Selain tidak pernah sunyi dengan kerancakan arus pembangunan, penduduk di kawasan bandar turut menyaksikan tumbuhnya pasar raya hiper ibarat cendawan selepas hujan.

Fenomena pertumbuhan pasar raya hiper bagaimanapun dilihat mengakibatkan 'sakit kronik' kepada kedai-kedai runcit yang telah wujud sejak sekian lama.

Ada yang berpendapat, kemunculan pasar raya hiper mendatangkan tekanan dan impak yang hebat terhadap industri runcit di negara ini.

"Kehadiran pasar raya hiper banyak membantu konsumer. Mereka menyediakan tempat parkir yang luas, percuma, ruang beli-belah yang bersih dan selesa serta harga jauh lebih murah daripada apa yang boleh didapati di kedai runcit.

"Semua barang termasuk keperluan harian dan barangan basah seperti sayur, ikan dan ayam ada di jual. Begitu juga dengan pakaian dan produk-produk lain semuanya ada di bawah satu bumbung dan ini menyenangkan serta menjimatkan masa pengguna," kata pengguna Saifuddin Iskandar mengenai pandangannya tentang kehadiran pasar raya hiper.

Revolusi industri runcit

Pasar raya hiper ialah sebuah gudang atau gedung besar yang menggabungkan konsep pasar raya dan gedung harian.

"Hasilnya ialah sebuah premis runcit yang sangat besar dan menawarkan pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung termasuk barang runcit dan produk am. Sehubungan itu pasar raya hiper menawarkan apa yang mereka perlukan dalam satu minggu hanya dalam satu perjalanan beli-belah," kata aktivis pengguna Gurmukh Singh.

Menurut Singh industri pasar raya hiper membuka tirai di Malaysia pada 1994 apabila Carrefour membuka premis pertamanya di Subang Jaya, Selangor. Ia diikuti dengan hipermarket Giant Cash & Carry di UEP Subang Jaya. Setahun kemudian, ia mencetus satu revolusi dalam industri runcit di negara ini.

Menurut http://shoppers.bluehyppo.com/hypermarkets.asp sehingga tahun 2003 saja terdapat 22 pasar raya hiper di Semenanjung Malaysia.

Selangor paling banyak dibanjiri pasar raya hiper tetapi beberapa tahun kebelakangan terdapat lebih banyak pasar raya hiper yang baru dibuka serta dalam pembinaan di negeri-negeri Pantai Timur. Walaupun menerima impak dengan kewujudan pasar raya hiper, hayat kedai runcit masih lagi panjang.

"Kedai runcit dan juga pasar mini masih ada tempatnya di kalangan konsumer terutama di bandar dan pekan kecil serta kampung.

"Impak yang lebih ketara dengan kehadiran pasar raya hiper sebenarnya dirasakan oleh pasar raya. Ini kerana pasar raya hiper dan pasar raya menarik pengguna daripada kumpulan yang sama," kata beliau.

Menurut Singh dalam aspek itu pasar raya menerima tekanan kerana pengguna rata-rata berpendapat bahawa barang yang dijual di pasar raya hiper lebih murah berbanding di pasar raya.

"Pengguna di negara ini sensitif pada harga dan ini menyebabkan mereka memilih pasar raya hiper. Bagi kedai runcit, mereka tidak perlu gusar kerana kedai runcit biasanya mempunyai kumpulan pelanggan yang setia."

Bagi Gurmukh Singh, kedai runcit lebih menawarkan khidmat layanan mesra serta peribadi (personalised) seperti mengambil pesanan dan menghantar barang ke rumah. Tuan punya kedai dan juga pembantu lebih ramah kerana mereka mengenali pelanggan.

"Di kawasan perumahan, biasanya pelanggan hanya mencari barang yang mereka perlukan pada ketika itu sahaja dan lebih selesa untuk datang pada masa lain bagi membeli barang lain. Mereka lebih selesa mengunjungi kedai runcit dan bukan premis yang lebih besar serta rumit susunannya," kata beliau.

Pelanggan kedai runcit hanya membeli barang dalam jumlah yang kecil setiap hari.

"Dengan ini mereka dapat merancang bajet, sebab itu mereka lebih suka berbelanja sikit-sikit sahaja setiap hari. Lainlah kalau ke pasar raya hiper, konsumer akan terlebih belanja."

Pasar raya hiper menggunakan kemudahan kad kredit dan ini secara langsung menggalakkan pengguna berhutang.

"Kadang-kadang pelanggan terbeli barang yang mereka tidak perlu disebabkan terdapat bermacam-macam promosi yang diadakan di pasar raya hiper," katanya.

Berhutang

Menurut pendidik Raffar Minhat, pasar raya hiper menjana ekonomi seperti memberi peluang pekerjaan dan juga menggalakkan perkembangan sesuatu kawasan dengan pembinaan infrastruktur baru seperti jalan raya.

"Pasar raya hiper juga ditutup lambat pada waktu malam, jadi memang sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja pada siang hari. Pasar raya hiper berkembang pesat kerana negara kita mempunyai sistem pasaran runcit yang tidak diperkembangkan," kata Raffar.

Bagi Raffar, beliau sendiri terbawa-bawa dengan cara berbelanja di pasar raya hiper.

"Mula-mula saya hanya mahu dua atau tiga barang. Tetapi kerana tarikan harga yang lebih murah saya pun mula terbeli barang lain yang sebenarnya tidak diperlukan sangat. Akhirnya saya berbelanja lebih daripada bajet yang sepatutnya."

Kepada Raffar, khidmat yang disediakan di kedai runcit, lebih berdedikasi dan lebih mesra. Pekedai runcit dengan rela hatinya menghantar pesanan tong gas oleh pelanggan sama ada ke rumah atau restoran dengan secepat mungkin.

Menurutnya, ada kedai runcit yang menggunakan e-mel untuk menerima pesanan.

"Kalau nak dikira harga di kedai runcit bukanlah jauh sangat bezanya daripada apa yang ditawarkan di pasar raya hiper. Bahkan kadangkala ada kedai runcit yang menawarkan harga yang lebih murah.

"Layanan mesra seperti ini tidak dapat diberi oleh pasar raya hiper. Oleh itu kedai runcit masih diperlukan oleh pengguna di Malaysia," kata beliau. -Bernama

Tuesday, December 22, 2009

Produk Jejari Tempe Kini Ke Pasar Raya


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini tempe dijadikan keropok dan naget, kini produk baru berasaskan makanan tradisi masyarakat Melayu itu mula dikomersialkan sebagai jejari tempe.

‘Tempe Stick’ yang dikeluarkan syarikat Bumiputera, Sure Good Products Sdn Bhd, dihasilkan berikutan kesan kegawatan ekonomi dan persaingan daripada pembuat tempe asing.

Pengurusnya, Noor Azmi Dali, berkata produk itu dipromosikan syarikatnya sejak dua tahun lalu di seluruh negara dan akan berada di pasar raya hiper Tesco, Giant dan Econsave, dua bulan lagi.

Sebelum ini, pihaknya menjadi pengeluar dan pengedar Tempe Kajang di pasar borong sekitar Lembah Klang sejak 10 tahun lalu.

“Ia dikeluarkan hasil kajian suami, Drs Ab Syukur Md Razali dan dua doktor lain dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Jabatan Pertanian.

Sebagaimana diketahui ramai, tempe mempunyai banyak khasiat. Biasanya tempe cuma bertahan tiga hari. Untuk memastikan produk ini bertahan lama sehingga satu atau dua tahun, kami menghasilkan jejari tempe,” katanya yang ditemui di Dewan 2, karnival Fabulous Food 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.


p/s : Tahniah kerana berjaya menghasilkan inovasi dan variasi produk berasaskan tempe.



Friday, December 4, 2009

Bila Artis Pun Berniaga Produk Tradisional

Salam semua pembaca,

Terpanggil kali ni nak menulis pasal bisnes produk makanan tradisi. Memang rasa bangga juga bila masih ramai orang yang prihatin dan mengambil tahu perihal produk-produk tradisi terutamanya makanan. Itu sebab bila orang tanya mengapa memilih produk tradisi seperti tempe, tapai dan acar untuk dijadikan 'killer produk', saya cuma jawab "nak kekalkan tradisi untuk anak cucu".


Coretan kali ini sebenarnya lebih kepada para artis yang kini aktif berniaga. Memang bangga juga apabila 2-3 orang artis tanahair berkecimpung secara serius dalam bisnes yang orang boleh kata remeh dan takde standard langsung.

Melihat kepada Ezani yang memasarkan produk belacan dari Perlis dan sekarang ni beliau betul-betul cari makan dengan bisnes ini. Macam tak percaya je masa mula-mula dia perkenalkan produk keluaran syarikatnya. Sekarang ni, kalau nak cari produk beliau, cari la kat Tesco, Mydin & Giant.


Kemudian timbul pula pelakon Zul Yahya, hero drama "Pepaya" buat bisnes ikan pekasam. Hmm.... nampak janggal kan, tapi kerana kesungguhan dan semangat berniaga buat muka tebal je la kot. Janji bisnes boleh jalan dan buat duit. Tapi tak tau la setakat mana hasilnya sebab kurangnya berita pasal kehidupan peribadi beliau.


Yang terbaru, Que Haidar buat bisnes ikan masin. Betul ke ?? Hah.. terkejut juga macam tak percaya. Maklum la, depa ni semua dah la hensem, berduit pulak tu.

Selalu juga kita terbaca yang para artis ni berniaga pasar ramadhan. Antaranya Black Mentor dan Rosnah Mat aris. Dan ramai juga yang buka restoran seperti Amy Search dan Linda Onn.


Mungkinkah populariti menjadi salah satu aset perniagaan? Mungkin juga kerana mereka ni dapat 'coverage' percuma dalam ruangan hiburan samada di majalah atau akhbar. Promosi 'free' sebegini memang susah kalau usahawan macam kita nak dapat melainkan kena melabur duit buat iklan le.

Macamanapun, bagus juga sebilangan artis ni buat bisnes produk tradisi supaya ianya terus dipromosikan oleh media. Sekurang-kurangnya, anak cucu kita 'aware' akan keujudan makan tradisi selain 'fast food' yang hampir saban hari mereka hadap.

Apa akan jadi 10 atau 20 tahun akan datang. Ujud lagi ke produk-produk tradisi ni? Sendiri mau ingat la....