KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini tempe dijadikan keropok dan naget, kini produk baru berasaskan makanan tradisi masyarakat Melayu itu mula dikomersialkan sebagai jejari tempe.
‘Tempe Stick’ yang dikeluarkan syarikat Bumiputera, Sure Good Products Sdn Bhd, dihasilkan berikutan kesan kegawatan ekonomi dan persaingan daripada pembuat tempe asing.
Pengurusnya, Noor Azmi Dali, berkata produk itu dipromosikan syarikatnya sejak dua tahun lalu di seluruh negara dan akan berada di pasar raya hiper Tesco, Giant dan Econsave, dua bulan lagi.
Sebelum ini, pihaknya menjadi pengeluar dan pengedar Tempe Kajang di pasar borong sekitar Lembah Klang sejak 10 tahun lalu.
“Ia dikeluarkan hasil kajian suami, Drs Ab Syukur Md Razali dan dua doktor lain dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Jabatan Pertanian.
Sebagaimana diketahui ramai, tempe mempunyai banyak khasiat. Biasanya tempe cuma bertahan tiga hari. Untuk memastikan produk ini bertahan lama sehingga satu atau dua tahun, kami menghasilkan jejari tempe,” katanya yang ditemui di Dewan 2, karnival Fabulous Food 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
p/s : Tahniah kerana berjaya menghasilkan inovasi dan variasi produk berasaskan tempe.