Pages

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Salam semua,

Bulan Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Betapa ruginya jika sisa-sisa harinya tidak dimanafaatkan untuk mengabdikan diri kepada tuhanNYA.

Macamanapun, raya dah dekat ni... bergembiralah orang-orang yang beriman akan kemenangan ini nanti...insya-ALLAH.

Kami di Sofaz Enterprise ingin mengucapkan Salam Lebaran, maaf zahir batin. Mohon halalkan apa yang terkurang. moga semunya dirahmati dan diberkati olehNYA.

Lepas seronok raya, ada PMR pulak... lepas tu baru la cuti panjang hujung tahun.

p/s : jangan lupa sekolah tahun depan. Ni ada jadualnya...



Tuesday, September 16, 2008

Tempahan Di Tutup

Salam semua,

Dengan ini dimaklumkan bahawa tempahan untuk semua jenis biskut dan kerepek untuk raya tahun ni telah DITUTUP dengan rasminya (kilang dah tak mampu buat lagi dahh...).

Alhamdulillah, tempahan untuk tahun ni sangatlah memberangsangkan. Nak hantar pulak la lepas nih... apapun, puashati sebab jualan melebihi dari yang dijangka. Terima kasih kepada yang sudi menempah dari kami terutama yang selalu order tu ya...

Memang ramai yang tanya kenapa harga mahal ???? jawapannya senang je. Kami tak guna majerin la..kami guna butter/mentega. Sebab tu rasanya tak berubah dan mustahil customer tahun lepas order lagi kann...

Takpe la... tahun depan boleh order lagi... sabo je la...

p/s : tempahan untuk tempe dan tapai hanya untuk majlis 'open house' atau kenduri saja diterima. itupun lepas raya ke 5 je tau...

...bob, kerepek ko tu siap lepas raya tau... 2-3 hari sebelum kenduri la...

terima kasih daun keladi...
.

Monday, August 25, 2008

Pelbagai Biskut Raya Sedia Untuk Ditempah

Salam semua,

Raya tahun 2008 agak sibuk dengan pelbagai projek untuk tambah pendapatan keluarga. Banyak juga pertanyaan dari teman-teman sepejabat dan sekolej yang tanya, tahun ni tak jual kuih raya ke?

Alamak.... baru teringat nak ambil sampel kuih kat kampung.

Ni biskut 'almond coffee'
RM16/50pcs







Biskut tart nenas
RM18/50pcs







Biskut 'brown chip'
RM16/50pcs





Cashewnut chip
RM16/50pcs








Yang ni ialah 'sponge orange muffin' khas untuk open house atau gathering.
RM1.10/pc (min. order 50pcs)




Biskut Arab ni favourite anak aku. Memang kuih tradisi gak la ni.
RM18/50pcs


Yang ni semua orang kenal. 'Almond London'
Rm18/50pcs
Tahun ada kelainan sikit sebab dah boleh buat iklan online. So, kepada rakan-rakan yang suddi surf website ni, sudi-sudi la tengok mana yang berkenan dihati. Biskut lain pun ada.
p/s : Kos poslaju ialah RM10 - RM30 bergantung kepada kuantiti dan lokasi.

.

Monday, August 18, 2008

Update Terbaru Sofaz Enterprise

Salam,

Maaf la sebab dah lama tak update bolg ini. Kesibukan dengan projek baru "ternak lumbricus rubellus" telah menghadkan pergerakan saya unutk meluangkan masa dok ngadap PC.
Anyway, cuma nak update yang Sofaz Enterprise baru saja memindahkan operasi kilang kami ke satu tempat strategik di dalam kawasan Puchong gak. 5 minit dari rumah saya.
Bisnes macam biasa cuma kelam kabut renovate (repair le tu) sana-sini nak sesuaikan kondisi kilang dengan keperluan operasi.
Interview untuk cari part-time despatch sedang dijalankan. Ada la 2-3 yang berminat tapi belum shortlisted lagi. Insya-allah minggu depan boleh start kerja la kot. So, sapa cepat dia dapat la...
Nanti saya update lagi ya...
bye.

Thursday, July 17, 2008

Resepi - Kek Zebra Tapai Ubi

Bahan :
250gram tepung sponge cake perisa vanilla
65ml water5 bijik telur
65ml minyak mazola atau minyak masak lainnya
200gram tapai ubi (lagi baguih if tapainya manis) lenyek halus ngan sudu,buang seratnya

Cara-cara :
Pukul tepung sponge cake + air+ telur dengan laju sedikit hingga kental dan pekat. Adunan ok bila whisk diangkat adunan agak pekat atau macam berat sangat nak jatuh kebawah.

Masukan minyak masak dan kaup balik dengan spatula besar.

Ambil kira-kira 10 sudu makan adunan, pisahkan dalam mangkuk yg lain dan tambah sedikit chocolate paste (adunan A)

Masukkan tapai ubi ke dalam lebihan adunan tadi yang telah di lenyek halus, kaup balik dengan spatula sehingga sebati (adunan B)

Tambah secara selang seli adunan A dan B dalam loyang.

Bakar dengan suhu 170C selama 30 minit

selamat mencuba.
Posted by loveliana,Kuala Lumpur.Malaysia