Pages

Monday, March 3, 2008

Resepi - Agar-agar Keledek

Bahan-Bahan:
1 tahil agar-agar
1 kati keledek
1 kati gula pasir
1 tin susu cair
1 helai daun pandan
Sedikit warna kuning
Sedikit garam
2 biji telur ayam

Cara-cara:
Agar-agar dibersihkan dan direndam kemudian direbus dengan 4 gelas air dan daun pandan. Bila sudah hancur masukkan gula dan rebus lagi sampai mendidih baru tapis.

Keledek dibuang kulitnya kemudian direbus hingga benyek dan kecek hingga halus.Telur dikacau bersama susu cair kemudian campurkan ke dalam campuran keledek.

Campurkan keledek ke dalam agar-agar tadi dan perlahankan apinya. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan biarkan hingga mendidih. Sejukkan ke dalam loyang mengikut kegemaran masing-masing.

Friday, February 29, 2008

Resepi - Muffin Tapai Ubi


Bahan-bahan ( untuk buat 25 biji muffin )
4 biji telur
110gram gula pasir
1sudu teh ovallate
100gram tepung gandum - di ayak
1/2sudu teh baking powder - bersama
100ml santan pekat
200gram tapai ubi
secubit garam
1/2sudu teh essen vanilla
100gram keju cheddar - diparut


Cara-cara
Campurkan tapai ubi yg dah dibuang serat bersama santan dan secubit garam, kemudian kisarkan ataupun dengan menggunakan mixer sampai tapai ubi menjadi lembut dan sebati dengan santan. Ketepikan.
Pukul telur, gula dan ovallate sampai kembang.
Masukkan ayakan tepung gandum dan baking powder, kacau rata.
Masukkan campuran tapai ubi dan santan, essen vanilla, kacau rata.
Masukkan sebahagian keju parut, ratakan.
Masukkan adunan kedalam acuan muffin yg dah dialasi dengan kertas muffin. Isikan penuh, kemudian taburkan dengan keju parut yg sebahagian tadi.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180c atau bergantung pada kepanasan oven masing-masing selama 15-20 minit.

Khir Toyo nafi suntik botox hanya makan tempe

PETALING JAYA 3 Feb 08 – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan yang beliau mengambil suntikan botox atau melakukan sebarang pembedahan ke atas wajahnya.

Sebaliknya, beliau dalam nada berseloroh berkata, rahsia mukanya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.

‘‘Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi, ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi.

‘‘Itu sahaja petua saya. Ini pembangkang fitnah saya pakai suntikan botoxlah, pembedahanlah sedangkan saya tak buat pun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Mengecat Bangunan di Taman Desa Ria PJS 5 di sini hari ini.

Mohamad Khir menambah, dakwaan dan fitnah sedemikian ke atasnya disifatkan oleh beliau sebagai dilakukan oleh golongan yang tidak mempunyai kerja.

Penampilan Mohamad Khir sejak tahun lalu menarik perhatian ramai apabila kulit mukanya bertambah licin dan sekali gus membuatkan beliau kelihatan lebih muda berbanding sebelumnya.

Selain itu, beliau juga tidak kelihatan memakai cermin mata seperti mana kebiasaannya.

Ini membuatkan pada masa yang sama pelbagai tanggapan timbul terhadap segala perubahan terhadap Menteri Besar Selangor itu termasuk kononnya beliau menggunakan rawatan wajah seperti botox dan lain-lain.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Penerangan UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Setinggan, Perumahan dan Pengurusan Bangunan Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan.

Monday, February 25, 2008

Resepi - Tapai Ubi Goreng


Bahan-bahan:

Tapai ubi

Tepung goreng Adabi

Tepung Gandum

Sedikit garam & gula

Air

Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1) Campur 2 bahagian tepung goreng Adabi dengan 1 bahagian tepung gandum.

2) Masukkan sedikit gula dan garam.

3) Bancuh campuran tepung dengan air sehingga menjadi bater yang pekat seperti membuat pankek.

4) Panaskan minyak yang banyak. Celup tapai ubi kedalam bater dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan seperti menggoreng pisang. Angkat dan hidangkan panas dengan susu krimer pekat manis atau sos custard.

Resipi - Tempe Goreng Berempah


5 keping tempe dibelah dua atau di hiris kecil,
1 sudu serbuk kari daging,
1 sudu serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, sedikit perasa, garam secukup rasa.
2 sudu besar tepung jagung.

Bahan-bahan tadi hendaklah digaul mesra bersama tempe tadi dan kemudian pecahkan sebutir telur dan celupkan tempe tadi ke dalam bancuhan telur.

Lepas itu goreng hingga garing.

p/s : sedap kalau dicicah bersama mayonis.