Tempe, makanan yang dibuat dari
fermentasi kacang soya atau beberapa bahan lain yang menggunakan beberapa jenis
jamur Rhizopus, seperti Rhizopus oligosporus, Rh. oryzae, Rh. stolonifer (jamur
roti), atau Rh. arrhizus. Secara umumnya, jamur tersebut biasa disebut sebagai
ragi tempe.
Secara umumnya, tempe berwarna putih kerana pertumbuhan miselia jamur yang melekatkan biji-biji soya sehingga terbentuk tekstur yang memadat. Degradasi komponen-komponen kedelai pada fermentasi membuat tempe memiliki rasa dan aroma khas. Berbeza dengan tahu, tempe terasa agak masam.
Tempe ini amat disukai orang Indonesia, bahkan pada masa kini, saya suka menyebut bahawa tempe menjadi makanan universal.

Kenapa? karena boleh dimakan oleh
oleh semua orang, bila-bila masa dan di mana-mana. Rasanya yang lazat, harganya
murah dan mudah didapati (semakin mudah apabila kita boleh membuatnya sendiri).
Tambahan pula sepotong tempe
mengandung berbagai khasiat bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein,
serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria
bermanfaat untuk kesihatan.
Golongan vegetarian di seluruh dunia banyak yang telah menggunakan tempe sebagai pengganti daging. Akibatnya sekarang tempe diproduksi di banyak tempat di dunia, tidak hanya di Indonesia.
Golongan vegetarian di seluruh dunia banyak yang telah menggunakan tempe sebagai pengganti daging. Akibatnya sekarang tempe diproduksi di banyak tempat di dunia, tidak hanya di Indonesia.
Dari penelitian saya, negara-negara
seperti Jerman, Jepun, China, Eropah, Crotiad, Slovakia dan Amerika Syarikat
merupakan pengguna tempe secara kecil-kecilan terutama di kalangan pemastautin.
Kunjungan saya ke Bandung baru-baru
ini menampakkan rakyat Indonesia amat memerlukan tempe dan tahu dalam setiap
hidangan mereka. Saya sertakan gambar-gambar menarik yang sempat saya ambil
untuk kenangan.
Berjalan-jalan di kawasan Cihampelas, ada ramai
penjual tapai ubi juga. Sangat menarik kerana ianya dijual ditepi jalan dan
ramai yang membelinya termasuk saya sebagai ole-ole. Saya beli tapai yang belum masak dan boleh dimakan
selepas 2 hari. Apa yang menarik ialah, tapainya tidak basah dan berair.