FELDA Trading Sdn Bhd (Felda Trading) menyasarkan membuka 16 kedai D’ Mart iaitu kedai runcit yang menjual pelbagai barangan pada harga patut termasuk di Sabah dan Sarawak sepanjang tahun ini.
Pengarah Eksekutifnya, Eimir Huzaimi Md Noh berkata, ketika ini sebanyak 240 kedai D’ Mart yang menjual barangan keluaran Felda Trading sudah dibuka di seluruh negara dengan 20 daripadanya beroperasi di Perak.
Beliau berkata, kedai D’ Mart adalah sebahagian daripada milik Koperasi Permodalan Felda Bhd dan menjual barangan pada harga lebih murah kerana mendapat bekalan dari Felda Trading yang kini mengeluarkan 29 jenis barangan keperluan harian termasuk makanan dan barangan penjagaan diri.
“Jenis bilangan barangan ini dijangka meningkat kepada 40 mulai bulan ini dan 100 jenis pada Jun manakala 150 jenis lagi menjelang akhir tahun ini.
“Kami mengadakan kerjasama dan usahasama dengan pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengilang dan pertubuhan koperasi yang berkemampuan menghasilkan produk bermutu dan dijamin halal,” katanya ketika menyaksikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe merasmikan kedai D’ Mart Kamunting, baru-baru ini.
NOTA : Penulis bukan orang yang dimaksudkan di dalam posting ini. sila jangan hubungi kami.
LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyasarkan untuk melahirkan kira-kira 2,000 usahawan baru di kalangan warga peneroka menerusi Simposium dan Ekspo Usahawan Felda (Simex 2010) berlangsung sejak 28 Februari lalu.
Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, Abidin Abd Rahman, berkata program kali ketiga dianjurkan itu bertujuan mewujudkan rangkaian kerjasama perniagaan, mempromosi produk serta perkhidmatan antara usahawan.
Katanya, Simex 2010 yang bertemakan tema ‘Inovasi Menjana Ekonomi’ diadakan semua 11 wilayah Felda termasuk di Sabah sehingga 30 April ini, berbanding sebelum ini yang dilaksanakan pada peringkat pusat.
Beliau berkata, penganjuran program itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan masyarakat peneroka yang bersama-sama memaju dan membangunkan aktiviti ekonomi rancangan.
“Dalam terus mengukuhkan peranan Felda membangunkan usahawan berpotensi dan berdaya maju, Jabatan Pembangunan Usahawan Felda turut diwujudkan sejak 2005 supaya lebih fokus terhadap golongan ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Usahawan Felda, Norhayati Sarif.
Abidin menambah, Simex 2010 diadakan dengan matlamat menyampaikan maklumat terkini berhubung pembangunan keusahawanan Felda menerusi program se-minar dan pembentangan kerja serta ekspo dan pameran.
Katanya, antara produk industri kecil dan sederhana yang dipamerkan ialah makanan diproses, kraf, makanan segar, perkhidmatan dan perniagaan seperti pakaian dan ubat-ubatan.
Beliau berkata, menerusi Simex 2010 dan pelbagai strategi pemasaran agresif tahun ini, Felda menyasarkan untuk meningkatkan lebih 36,000 usahawan bukan dalam aktiviti perladangan di bawah bimbingan Felda ketika ini.
“Purata pendapatan usahawan Felda yang dicatatkan sehingga Februari lalu ialah RM2,046 sebulan. Tahun lalu saja, keseluruhan pendapatan yang dicatatkan ialah kira-kira RM911 juta,” katanya.
Dalam pada itu, Abidin berkata, Felda melabur lebih RM200 juta bagi membangunkan Kompleks IKS di Felda Chini, Pahang yang dijangka beroperasi awal tahun depan yang membabitkan pemindahan teknologi tinggi, khususnya dalam pemprosesan makanan ringan dan tenunan.
Katanya, Felda turut menyasarkan untuk meningkatkan bilangan usahawan yang dianugerahkan jenama F-Best Foods oleh agensi itu, yang membekalkan produk makanan menerusi cawangan Satu Wilayah Satu Industri (Sawari) milik Felda dan pasar raya besar.
“Ketika ini, kami mempunyai kira-kira 30 usahawan yang menjual produk makanan menerusi jenama F-Best Foods kerana mempunyai pengeluaran secara konsisten, pembungkusan menarik dan berpotensi untuk jualan,” katanya.
Beliau berkata, Sawari dilancarkan pada 2003 dengan memberi tumpuan terhadap dua industri utama iaitu industri makanan dan kraf.
Tumpuan utama pembangunan industri makanan ialah produk makanan diproses di bawah jenama F Best Food, manakala industri kraf di bawah jenama F Best Craft termasuk tekstil dan sebahagiannya dibangunkan di bawah jenama Modern Malaysia.
Ketua Polis KL Puji Peserta BERSIH 4.0
-
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4.0
yang berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ke
Dataran...
Homestay Kisidang, Melaka
-
Bilik penginapan:
Homestay kami dilengkapi 3 bilik tidur yang luas dan selesa. 2 bilik
berhawa dingin dan berkipas. 1 bilik berkipas. Bilik utama dilen...