Pages

Friday, October 23, 2009

Tempe Vs Tapai Ubi Masuk Majalah Jutawan

Tahniah kepada tempevstapaiubi.
Nampaknya usaha selama ini mengusahakan perusahaan produk makanan mula menampakkan hasil dan pengiktirafan.

Majalah edisi Oktober 2009 keluaran DAS Publishing yang diterajui oleh Dato' Stapa, orang kuat Koperasi DCL Malaysia Berhad memaparkan aktiviti usahawan Bumiputera seluruh negara.

Terima kasih kami ucapkan kepada Dato' Stapa kerana sudi membuat liputan di kilang kami. Sesungguhnya kami berdoa agar usaha Dato' dan krew semua mendapat keberkatan.

Di mukasurat 51, gambar pengusaha gigih terpampang bangga menunjukkan hasil usaha beliau.

Begini caranya. Mungkin itulah kata-kata salah seorang pekerja Sofaz Freshmart.


Cerita lanjut boleh dibaca di dalam Majalah Jutawan edisi Oktober 2009. Boleh diperolehi di pasaran dengan harga RM8.90 sahaja. Banyak informasi dan panduan berguna di dalamnya. Memang tak rugi membelinya.

Semoga tempevstapaiubi terus mendapat liputan sebagai sebahagian dari promosi syarikat dan memperoleh kejayaan yang lebih besar. Insya-ALLAH.

.

9 comments:

Mr. Right said...

Wah...! Tahniah...tahniah... Nanti kalau aku kahwin lagi, aku tempah kerepek utk diisi dalam goodie bag lagi ye...

InTan - ZaHraa said...

Best nyer....gmbar besor2 plak tu masuk mags!
Tahniah!

Unknown said...

Intan & Mr. Right,

Thanks 4 the compliment.

mylovelyboutique said...

COngrats..pakuteh

penasystem said...

sekalung2 tahniah kepada pakuteh dan isteri ,bangga mempunyai rakan2 bisnes yg sedang melangkah maju, semuga perjuangan pak uteh dalam dunia bisnes melangkah lebih maju lagi hingga dapat diwarisi oleh anak2 dan cucu cicit selamanya

Unknown said...

Thanks pena & mylovelyboutique,

Terima kasih atas sokongan. Jangan lupa beli tau....

Faizal and Anna said...

Tahniah PakUteh..!, Diam2 ubi berisi ya.. Semoga terus sukses buat PakUteh & Bazaar @ Maeps.

aisah ashari said...

wah...mcm menarik je abg mi..nape x penah tau??hehe..

Unknown said...

Thanks Aishah,

Biasa je...