Akibat permintaan yang semakin menggalakkan dan kekurangan bekalan sedia ada di pasaran, kami sedang berusaha mencari alternatif demi memenuhi permintaan.
Bekalan yang agak besar juga diperlukan terutama pada bulan Ramadhan dan Syawal nanti.
Sila hubungi Azmi (016-2282910) untuk keterangan lanjut.
Terima kasih.
5 comments:
salam tuan..
Saya jefly cuma nak tanya ..utk jadi pembekal ubi kayu ni. berapa tan yg diperlukan utk pihak tuan dalam 1 minggu..dan brapa harga yg diamabil bagi 1kg ,terima kasih
harap dapat maklum balas.
Salam,
Buat mase ni saya perlukan 300kg seminggu. Lokasi kilang di Puchong.
Saya beli ubi RM0.90/kg dengan penghantaran.
TQ
biar betul bro...300kg seminggu blh dpt harge 0.90 sen 1 kg...peraih ubi pun x blh dpt harge mcm ni...300kg bukan byk mane pun...bcoz saya pengusaha ladang ubi jenis baka kuning & medan...peraih ambik dgn saya setiap hari 500kg 7 x seminggu dgn harga 1.50sen...hanya tuan kebun yg x mengikuti harga pasaran jer..yg akan jual 0.90sen 1kg..dont play play arrrr broo
Terpulang la kepada saudara yg xmau dikenali.
Secara jujurnya, memang masih ada pembekal ubi yang jujur dan baik hati membekalkan ubi kepada kilang saya dengan harga tu, bukan keuntungan semata-mata.
Kalau Rm1.50, sanggup ke saudara beli tapai ubi saya RM3.00 pulak?
TK
Dia macam ni.Antara pengeluar (ladang),pemborong dan peruncit memang dah disediakan perbezaan harga supaya masing-masing dapat menampung kos perniagaan masing-masing supaya boleh mendapatkan keuntungan.
Namun ada juga pengilang yang terus beli hasil pertanian dari ladang untuk merendahkan lagi kos pengeluaran barangan kilangnya.Dalam kes seperti ini pemborong dan pengedar barangan hasil pertanian tidak diperlukan.Namun pengusaha ladang biasanya hanya menjual dalam kuantiti yang besar (tan) agar mereka dapat menampung kos untuk pengeluaran hasil ladang mereka termasuk keuntungan yang mereka harapkan.Tujuan diadakan kategori peladang,pemborong,pengilang dan peruncit adalah supaya masing-masing dapat menumpukan kepada usaha pekerjaan mereka yang sebenar dengan cekap dan mempermudahkan mereka tanpa perlu membuang masa menguruskan kerja yang bukan didalam ruang lingkup mereka.
Post a Comment