Pages

Monday, September 13, 2010

Tapai Pulut Kini Ada Variasi Perisa Pandan dan Ros Pula


PADA zaman dahulu banyak pantang larang yang perlu dipatuhi dalam proses pembuatan pencuci mulut, tapai. Antaranya si pembuat tidak boleh makan sirih atau mendekatkan diri dengan benda-benda yang berwarna merah.
Mengikut kepercayaan, jika pantang larang itu diingkari, tapai yang berwarna putih itu akan berubah warnanya menjadi merah dan rasanya kurang enak.
Kepercayaan itu juga termasuklah si pembuat tapai tidak boleh makan makanan yang masam ketika membungkus kerana ia akan menyebabkan rasa tapai berubah menjadi masam.
Hari ini, tapai yang dianggap sebagai makanan tradisional bukan hanya dihidangkan pada majlis-majlis keraian di kampung-kampung bahkan ia juga dihidangkan di kebanyakan hotel bertaraf lima bintang.
Perniagaan tapai pulut Sarimah misalnya, turut mematuhi beberapa banyak pantang larang ketika proses pembuatan tapai.
Tampil dengan slogan iaitu ‘Anda Akan Menjadi Penggemar Sejati’, tapai pulut Sarimah menawarkan tiga perisa tapai yang berbeza. Tapai yang terbahagi kepada tiga jenis perisa itu terdiri daripada perisa pandan dengan pembalutnya berwarna hijau, perisa ros berwarna merah dan warna semula jadi untuk perisa asli.
“Idea untuk menghasilkan tapai tiga perisa ini adalah hasil perbincangan bersama isteri, Sarimah Rashid, 38, yang mahukan kelainan berbanding tapai-tapai yang sedia ada di pasaran,” kata pemilik perusahaan dan pengawetan tapai pulut Sarimah, Abdul Aziz Jais, 52, ketika ditemui baru-baru ini.

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA 1431H

Salam semua,

Sofaz Freshmart dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf bersempena dengan Eidulfitri yang menjelang tiba.


Semoga kita semua beroleh kegembiraan yang sebenar.

Monday, August 23, 2010

TEMPAHAN BISKUT RAYA

DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PROSES TEMPAHAN UNTUK BISKUT RAYA TELAH DITUTUP.

Walaubagaimanapun, tempahan untuk produk berikut masih diterima sehingga 4 September 2010:


1. Sambal Tempe Goreng


2. Acar buah


3. Cornflakes Pedas Bermadu


Hubungi 019-3162407 untuk penjelasan lanjut.


Terima kasih 

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Thursday, July 22, 2010

Biskut Raya 2010 : Senarai Harga


Atas permintaan ramai, saya sertakan kembali senarai harga terbaru kuih/biskut raya 1431H / 2010.
  1. Almond London RM18.00 / 50pcs
  2. Tart Nenas RM18.00 / 50pcs
  3. Biskut Makmur RM18.00 / 50pcs
  4. Biskut Arab RM17.00 / 50pcs
  5. Brown Chip RM17.00 / 50pcs
  6. Biskut O' LALA RM17.00 / 50pcs
  7. Biskut Mamacarry RM17.00 / 50pcs
  8. Almond Chip RM17.00 / 50pcs
  9. Biskut Shanana RM17.00 / 50pcs
  10. Chasewnut RM17.00 / 50pcs
  11. Almond Coffee RM17.00 / 50pcs
  12. Chocolate Chip RM17.00 / 50pcs
  13. Biskut Cindai RM17.00 / 50cs
  14. Cornflakes Pedas bermadu RM16.00 / kg
  15. Popia Simpulan hati RM24.00 / kg
  16. Rempeyek kacang tanah RM20.00 / kg
  17. Sambal Goreng Tempe RM14 / kg
Kepada yang berminat, sila buat tempahan sekarang. Tempahan akan diTUTUP mulai 15 Ogos 2010.

* Harga di atas adalah harga jualan. Pemborong akan diberi diskaun jika membeli melebihi RM100.00.
Nota : Kos penghantaran adalah tertakluk kepada POSLAJU sahaja.