Pages

Monday, October 5, 2009

500 Peniaga bazaar@maeps Dapat Permit

SERDANG: Tanda tanya status lebih 500 peniaga di Bazaar@maeps di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini, terlerai apabila Taman Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS) memberikan permit perniagaan kekal kepada mereka, semalam.

Difahamkan, sebelum ini, kebanyakan peniaga risau kerana tapak perniagaan yang diberikan pihak berkenaan tidak diketahui status perniagaan mereka sama ada sah ataupun sebaliknya.

Yang Dipertua Persatuan Idea dan Usahaniaga (MEIAS), Ahmad Safawi Taharim, berkata pemberian permit berniaga itu menyelesaikan tanda tanya khususnya mengenai bazar hujung minggu itu.

“Melalui permit yang diberikan itu status kami sebagai peniaga sah terjawab, malah peniaga juga tidak perlu bimbang mengenai tindakan kuat kuasa yang bakal diambil selepas ini.

“Sebelum ini kami risau kerana menjalankan perniagaan hanya menggunakan permit sementara saja,” katanya selepas menyerahkan permit itu kepada ahli persatuan yang juga peniaga di tapak berkenaan, semalam.

Katanya, pasar itu mula dibuka Jun lalu oleh MAEPS dan ia boleh menempatkan 700 peniaga serta mampu menjadi destinasi pilihan warga kota membeli-belah khususnya makanan, minuman, kosmetik selain lelongan barangan peribadi dan antik.

Beliau berkata, Bazaar@maeps sebenarnya, tidak seperti pasar atau bazar yang diwujudkan atau diuruskan pihak swasta lain kerana hanya mengenakan kos minimum RM100 sebagai yuran pendaftaran dan RM8 untuk sehari untuk kos tapak dan penyelenggaraan surau, sampah, air dan elektrik serta promosi.

1 comment:

Faizal and Anna said...

Salam Pakuteh, cerita terbaru mengenai Carboot Sales@Maeps sudah diupload di blog saya. Check it out ya... TQ