Akhir-akhir ini kita sering
mendengar istilah baik Probiotik mahupun Prebiotik. Banyak produk-produk
makanan dan kesihatan yang mendakwa produknya mengandungi unsur-unsur tersebut yang bermanfaat untuk membantu proses
pencernaan. Walaupun kedua-duanya bermanfaat untuk memelihara kesihatan
pencernaan, sebenarnya kedua-dua istilah tersebut berbeza.
Probiotik
Konsep probiotik sudah dikenal
sejak 2000 tahun yang lalu. Seorang ilmiawan Rusia bernama Ilya Metchnikoff
berjaya membuktikannya secara ilmiah pada awal abad ke-19. Metchnikoff
mendapatkan, bahawa bangsa Bulgaria yang mempunyai kebiasaan memakan yogurt
(susu fermentasi) tetap sihat walaupun usia sudah lanjut.Susu fermentasi
diketahui mengandungi bakteria asid laktik (Lactobacillus bulgaricus Sp) yang
mampu meningkatkan kerja enzim galaktosidase yang memudahkan pencernaan laktosa
dalam usus.
Probiotik bermaksud makanan atau
minuman yang mengandungi mikroorganisme-mikroorganisme yang meresap masuk ke dalam
tubuh itu berguna dan meningkatkan kesihatan tubuh. Makanan probiotik boleh
berbentuk yogurt, keju, mentega, sari buah-buahan dan susu formula yang
difortifikasi dengan bakteria asid laktik. Akhir-akhir ini probiotik juga
diformulasi dalam bentuk tablet mahupun kapsul tambahan.
Namun setakat ini
belum ada jaminan jumlah probiotik sesuai dengan iklan serta tetap hidup saat
sampai di usus. Manfaat probiotik boleh dicapai bila probiotik melekat pada sel
mukosa usus. Probiotik dari makanan belum banyak dibuktikan boleh melekat di
mukosa usus. Oleh itu untuk memperoleh manfaat dari makanan probiotik, orang
harus mengambilnya terus-menerus.
Prebiotik
Adapun Prebiotik adalah
karbohidrat yang tidak dicerna tubuh, namun dapat dicerna oleh mikrob yang
menguntungkan dalam tubuh, sehingga meningkatkan kesihatan. Prebiotik umumnya
meningkatkan komposisi mikrob yang menguntungkan (serta meningkatkan
aktivitinya) dan mengurangkan mikrob yang merugikan dalam tubuh. Dapat
dikatakan bahawa Prebiotik merupakan sumber makanan bagi Probiotik.
Prebiotik yang banyak dikenal dan
digunakan adalah oligosakarida soya (yang terdiri atas rafinosa dan stakiosa),
frukto-oligosakarida (disebut juga oligofruktosa), Inulin, Laktulosa dan
Laktosukrosa. Inulin dan oligofruktosa memiliki fungsi penting sebagai
penyeimbang fungsi gastrointestinal (menyeimbangkan mikroflora kolon). Umumnya
semua prebiotik yang disebutkan dapat meningkatkan pertumbuhan bifidobacterium,
bakteri bermanfaat yang sering kita temukan dalam minuman yoghurt atau susu
fermentasi komersial. Apabila dikonsumsi dengan dosis yang tepat dan cara yang
benar, maka prebiotik dapat mengobati atau mendukung pengendalian penyakit
seperti kanker usus, liver,sembelit dan diabetesmellitus. Prebiotik secara
alami terdapat pada biji-bijian, sayuran, dan buah-buahan. Produk olahan
kedelai seperti susu kedelai, tempe, tahu, dan tauco, kaya akan prebiotik. Saat
ini ada juga ada beberapa produk susu untuk anak yang mencantumkan fortifikasi
prebiotik dalam produk mereka untuk membantu sistem pencernaan balita yang
meminumnya.
Adapun Prebiotik adalah
karbohidrat yang tidak dicerna tubuh, namun dapat dicerna oleh mikrob yang
menguntungkan dalam tubuh, sehingga meningkatkan kesihatan. Prebiotik umumnya
meningkatkan komposisi mikrob yang menguntungkan (serta meningkatkan
aktivitinya) dan mengurangkan mikrob yang merugikan dalam tubuh. Dapat
dikatakan bahawa Prebiotik merupakan sumber makanan bagi Probiotik.
Prebiotik yang banyak dikenal dan
digunakan adalah oligosakarida soya (yang terdiri daripada rafinosa dan
stakiosa), frukto-oligosakarida (disebut juga oligofruktosa), Inulin, Laktulosa
dan Laktosukrosa. Inulin dan oligofruktosa mempunyai fungsi penting sebagai
pengimbang fungsi gastrointestinal (menyeimbangkan mikroflora kolon). Umumnya
semua prebiotik yang disebutkan dapat meningkatkan pertumbuhan bifidobacterium,
bakteria bermanfaat yang sering kita temukan dalam minuman yoghurt atau susu
fermentasi komersial. Apabila diambil dengan dos yang tepat dan cara yang
betul, maka prebiotik boleh mengubati atau menyokong pengendalian penyakit
seperti kanser usus, liver, sembelit dan diabetesmellitus. Prebiotik secara
alami terdapat pada biji-bijian, sayur-sayuran, dan buah-buahan. Produk olahan
kacang soya seperti susu soya, tempe, tahu, dan tauco, kaya dengan prebiotik.
Saat ini ada juga ada beberapa produk susu untuk kanak-kanak yang menyenaraikan
fortifikasi prebiotik dalam produk mereka untuk membantu sistem pencernaan
balita yang meminumnya.